Happy Cat Kaoani -->

Monday, November 21, 2011

Berjimba!




assalamualaikum..


aku lupa nak cerita apekah cerita hari jumaat lepas. mungkin sebab terlalu gembira bersama sahabat dan rakan taulan dirumah sewa yang diibaratkan seperti di syurga ini. hehehe.


jumaat lepas alkisahnya kawan aku ajak aku pergi casting. casting iklan katanya dekat Damansara. aku wokeh je la. dengar pulak casting kan. nak jugak aku tahu macam mana castingnya..yelah, aku ni budak hotel mane nak tahu la benda2 casting ni. kawan aku ni Masscoom.. memang la bidang beliau nih!


lepas tu jalan2 ke IKEA pulak. makan macam nak makan lapan orang. padahal perut kecik2 je suma. haha.





stim gila kawan aku ni makan kentang sampai mata jadi macam tu. hikhik. 






comey2 je kawan2 aku nih. hehe.




budak gemok tengah makan meatball dengan lahapnya. muka bulat, tangan bulat, jari bulat semua bulat . apekah la budak ni. ish ish ish...




gambar ni ada abang bersuara macho yang tolong ambilkan. haha. mula2 aku malu weh nak cakap. sekali kawan aku ni dok cakap dengan mamat tu terus mamat tu nak tolong ambik kan. yelah, ade dua orang awe gojes kan mestilah. yang tengah2 the fat dark woman tu aku la. yang thin, slim and hot tu kawan2 aku.


dah la aku pakai flat, jadi rendah gilaa.. kawan aku pakai heels sorang tu memang tinggi sikit. so, nampaknya aku je la paling rendah kali ni? fine!





parking dekat P2 tapi cari kereta dekat P1. nais kan? hebat? ye, memang. jalan lebih dari 15 minit cari kereta. dah 15min baru sedar yang kereta dekat P2. dem. such a loser gila cari kereta macam orang gila kentang. jalan sana sini cari kereta putih aummm aummm.. huhhuhuh =.='


dah jumpa kereta kawan aku suruh tunggu. dia kata kalau lebih masa bayar autopay lagi. maka tunggu la tepi mesin dan check kad tu dah 15min belum. heh. dah rupanya. membazir kena bayar lagi. ceh!




sempat lagi ni bergambar tuh. takpaham la perempuan perasan ni. heh.




balik waktu yang sangat tepat iaitu pukul 6! yeaaaa.. waktu orang balik kerja dan jammed! hahaha.






thanks pada kawan aku sebab bawak aku jalan2. kalau tak aku akan menjadi such a loser girl yang duduk rumah dalam bilik gelap sorang then makan megi dengan air coklat. makanan ruji yang tak pernah tidak disukai. demmm. hahhaa




k bai!



No comments: