Happy Cat Kaoani -->

Friday, October 28, 2011

Cara Mengetahui Kedai Makan Menggunakan Pelaris








sekarang ni dah banyak kita dengar kedai2 makan dan restoran yang menggunakan pelaris. banyak sangat. dan kita akui kita pun kadang2 makan tempat tu sebab kita tak tahu. kalau kita tak tahu pun tak apalah. kalau dah tahu buat apa kita nak mencemarkan rohani kita dengan semua tu kan??


dulu ramai orang cakap ada satu kedai nasi ayam dekat satu tempat ni sedap gila. banyak. banyak tu aku tak nafikan sebab memang banyak sampai nak tutup polistrin pun kena ikat pakai getah tak boleh nak tutup macam tu aja.  tapi bila aku makan aku rasa macam biasa je. tak adalah sedap sangat. tapi sebab aku makan dengan kawan2 aku mengia kan aje la kesedapan tu. makan macam tak ada feel rasanya. kenapa ntah..


masa tu aku diploma. aku tak tahu. nak2 pulak nasi ayam tu orang belanja kan. aku pun apa lagi senyap je la makan. benda free. sekali bila aku tahu sekarang kedai tu guna pelaris. sebab tu dia terkenal diseantero kawasan tu. sampai bawak ke merata tempat orang cerita.


dekat degree ni pun saya ada dengar ada kedai kawasan sek 7 ni guna pelaris. sebelum ni tak pernah makan pun. sekarang baru tahu dan harus la tak makan langsung kedai tu.


ni ada cara macam mana kita nak tahu kedai tu guna pelaris atau tak.


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :




قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )



Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.










semoga Allah merahmati kita semua..  =)





10 comments:

NUARAHMAN said...

memang pernah dengar pasal tips ni...tapi tak pernah pulak cuba...hehe

SITI NOARIZAH ARIS said...

Entry yg bagus untuk hari jumaat yg mulia ni..tq !!

Unknown said...

owh,,thanks 4 da info :)

izyantyPersonalTaste said...

macam tu ek..thank's for sharing...

Mek Onie said...

thank you ya sharing...insyaAllah onie akan cuba...tengok gambaq kek tu teringat kat game fb...cafe world :P

mr.syazwan said...

PERHHH

MENYELERAKAN!

Nour Eyza said...

apa yang menyelerakan mr syazwan?

Pocket said...

uuiii mak oih, buleh amal nih :)

pernah terasa tak?
yang Harry Potter ngan
jampi serapah n curse
or jinx nyer tu ada sikit
cam orang 'kita'
baca ayat kursi,
baca wadduha kalau nak cari barang :)

terasa .. the magic is on our side :D

Nour Eyza said...

ermm..
ada ilmu kongsikan la sesama kita
tak kurang pun ilmu tu..bertambah lagi adalah kan?
sharing its fun..


heeee...

Nour Eyza said...

ermm..
ada ilmu kongsikan la sesama kita
tak kurang pun ilmu tu..bertambah lagi adalah kan?
sharing its fun..


heeee...