Happy Cat Kaoani -->

Friday, September 23, 2011

Settle report!



fuh, fuh, leganya lepas siap semua report masa praktikal hari tu. rasa macam ehhhhh bestnya tak ada beban yang tertanggung lagi! weeeeeeeeee!!


kalau report belum siap tiap2 malam terpikir. buatnya tak jugak. lepas tu siap termimpi2 lagi. ape la gamaknya. tapi buat awal2 tak mahu. dasar pelajar suka buat kerja last minit! boleh katakan semua subjek buat macam tu. asemen last minit..dari diploma sampai degree perangai tak berubah2. apa la nak jadi dengan iza ni! heh! sekeh kang!


korang mesti perasan kenapa aku dah lama tak update blog. janji kalau balik belajar semua aku akan taip entry banyak2 kan? aku ada sebab kenapa tak update selalu. awal2 sem dalam minggu satu hari tu aku dan kawan2 ada masalah registration dan pemilihan minor. nak drop2 subjek yang dah belajar lagi.  lepas tu KPP baru ni suruh mix classmate dengan bahagi kelas secara rambang! rambang mata jugak la masa dapat saperate kelas dengan kawan2. benggang sampai mengganggu emosi dan jiwa. tapi selepas kami susun dan slow talk dengan incik KPP, beliau dengan mudahnya mendengar setiap masalah dan segala aduan kami. jadi masalah dah settle! yea!


setelah berhari2 bersengkang mata dan berhabis keringat demi sebuku report akhirnya siap juga. memang jahanam la duit kalau buat esemen selalu kan. mana taknya print je berpulu2 dah. aku tahu semua orang macam tu, jadi marilah sama2 kita menabung dan memikirkan masa depan! 


tapi masalahnya, aku ni kalau menabung silap2 hari bulan kalau aku sesak aku korek balik duit yang aku simpan tu. macam mana nak menabung. tu belum lagi rambang mata bila pergi shopping complex nampak kasut, beg, dan barang2 cumel yang berkenan dihati kan? hadoi la.... sendiri menabung sendiri korek susah kan? padan la muka sape suruh ade tabiat macam tu. hahhaha


masa aku kecik, aku ada tabung Maybank. bentuk harimau kau. penuh aku menabung dalam tu. mak aku ajar, kalau ada duit masuk dalam ni. mak pun masukkan 20sen dalam tabung. berdecing bunyinya. sunkanya aku masa tu. lepas tu kalau aku nampak duit je tak kira la duit sape yang sepah2 aku mesti ambik punya masuk dalam tabung. sampai aku besar tabung tu berat sangat. sampai nak masukkan 10sen pun tak buleh dah.  gila hebak tak aku menabung? hahahha


tapi masa masuk u aku dah keluarkan semua duit tu untuk belanja aku. masa tu banyak nak pakai duit. masa akak aku dekat UM lagi . masa aku baru nak masuk u jadi aku korek balik dan gunakan duit tu beli barang2 keperluan aku masa nak masuk u. aku dulu masuk u tak dapat wang pendahuluan tu. sian kan aku. semua aku tanggung sendiri. sobs sobs!





ingat ada ilkan tabung ni masa kecik2. bila di kopak balik buluh tu bersepah keluar duit syiling. waaaa..bahagianya! =)






*mesti ada orang kata, eh, asik citer diri kau je tak de citer lain ke pasal blog kau ni? mesti korang dah tanak baca kan?? isk isk



No comments: