Happy Cat Kaoani -->

Saturday, September 24, 2011

Raya!!!




yea! hari ni saya akan beraya! sebab saya dah habis puasa 6 hari ni. maka saya akan merayakannya seorang diri. bestnyaaaa!


dulu masa2 zaman jahiliah aku, tak ada la fikir nak puasa 6 ni ke hape. sik pikir makan je. kalau tak makan rasa macamm owhhh, haus.. tapi tak la masa bulan ramadhn. bulan ramadhan lain je.  feeling puasa tu kuat sebab ramai2 puasa sensama. kedai makan pun tak bukak. ni kalau puasa suka2, sekejap lalu rumah depan bau telur dadar, kalau lalu sek 2 medan selera tu bau ikan bakar, keli bakar sekali nampak Frado ABC. tak ke susah tu. haiyakkkk...


time bukan bulan puasa time tu la tak tahan kan. mengada-ngada sunggoh! hahaha. kalau bulan puasa ok je. tapi kali ni aku puasa straight seminggu. campur minggu sebelum tu jadi la 6 hari. maka lengkaplah puasa 6 yang aku dapat. hehehehehe


seronok rasanya dapat puasa 6 ni. sebab melengkapkan puasa kita. itu kan sunat. yelah, sejak dah semakin tua ni rasa macam diri banyak dosa jadi haruslah buat amalan2 sampingan supaya terbendung dosa2 tu. at least ada pelampung, tak la terlalu hanyut dengan keduniaan kan..


nampaknya aktiviti hari ni adalah berkemas, berkemas, menyapu, membasuh dan tu sahaja la nampaknya. aku bukan ada aktiviti luar pun. nak2 kalau sorang2 memang tak la aku nak berjalan sorang2. macam loser je rasa kan..


tu je nak cerita. k bhai!



No comments: