Happy Cat Kaoani -->

Monday, August 8, 2011

Pasar dalam U..



Assalamualaikum semua!



berbuka apa hari ni? aku berbuka nasi lemak ayam goreng + kuih muih + air katira. alhamdulillah la. beli dekat bazar tadi. cepat je dah siap semua masakan. heehehe.. pasti sedap mengancam. hahaha. bulan2 puasa ni semuanya sedap belaka. mana tak sedap dah lapar melampau kan? harus la sedap.. hehehe


cerita pasal berbuka ni, aku nak cerita pasal waktu aku berbuka dekat kolej dulu.. dulu diploma dekat Melaka. owhhh.. heaven.. makanan super sedap >.< blok pulak dekat dengan pasar dalam u memang aku boleh 3,4 kali pergi pasar sebab teman kawan la, beli air la. see? aku memang suka pasar dalam u. sebab!


1. Murah  *ni memang realiti, nasi kerabu kau boleh dapat RM2.50 hingga RM 3.00 siap semua, bukan hanya nasi dan ulam2 je..siap ikan goreng, daging salai, lada sumbat, keropok. nangis tak??*


2. Banyak Pilihan
* kalau sebut pasal air, berderet tong air, air jus air biasa. kalau nasi macam2 nasi. nasi lemak je macam2 versi. yang aku suka dia ikot selera. nasi lemak kosong, nasi lemak telur rebus, nasi lemak telur gorang, nasi lemak ayam gorang, nasi lemak ayam dan telur goreng, nasi lemak ayam gorang dan telur rebus. amacam berpinar tak?? *.* tu belum lagi murtabak, roti john, yong tau fu, burger, kuih muih, jemput2 udang Alor gajah. ok, ok. dah! makanan lain, lain masa aku cerita*


3. Dapat cuci mata
   * ok ni sebenarnya bukan apa, saja. dapat tengok orang2 sekeliling. selalunya bulan puasa sabtu ahad ni kurang keluar bilik jadi dengan pergi ke pasar dapat melihat kawan2 sekampus dengan pelbagai ragam dan cara, dapat melihat kehenseman mamat2 idaman juga kepelikan sesetengah manusia.*


tu je kot. hahaha. banyak kenangan dekat UiTM Melaka dulu. beli makanan dekat pasar makan dekat tasik, jalan2 dekat tasik. kalau puasa sila pergi dalam pukul 5. kalau tak makan asap je datang lambat2. tak ada makanan dah. semua dah habis kang. hehehe


lepas tu aku suka buka sorang2. sebab senang, aku makan atas meja je. kalau ramai2 kena makan atas lantai bentang surat khabar, makan borak2 sampai hampir lepas maghrib. haha. kalau bukak bilik orang harus la berangkut kunci bilik, mangkuk la. ape la. lecehnyaaaa.. >.<


aku rela buka sorang2 dari meleceh macam tu. nampak macam aku ni lonely tak? tak kan? hahaha..kalau ada kawan sebilik makan la dengan diorang..


dah nak buka. 



SELAMAT BERBUKA KEPADA SEMUA!

baca doa berbuka dan doa makan dulu..


assalam




1 comment:

Aisyah Ahmad said...

best2..rindu zaman tu..hehehe