Happy Cat Kaoani -->

Monday, August 8, 2011

Manisnya kurma ini..




Assalamualaikum



selamat petang! petang yang panas! petang2 macam ni membuatkan kira mengantok dan haus. panas buakan main. yang bekerja berpanas tu sila kuatkan iman supaya terus berpanas. fikirlah panas akhirat lagi membahang dari panas dunia.. =)


tetiba tazkirah pulak kan? ececehh.. manisnya kurma ini! haaaaaaa.. korang mesti tahu kan quote tu dari siapa? Sepah la kan? ke ada seiapa tak tahu lagi? ok, siapa tak tahu sila search Maharaja Lawak Sepah dekat Youtube. kompem jumpa! nanti tahulah manisnya kurma ini tu siapa yang cakap.. eh, eh, macam orang ramai je tak tahu kan? macam bagus je aku nak bagitahu segala..ahahha


sebelum apa2 kita ucapkan tahniah kepada Abang Ben dan isterinya Kak Zila sebab bakal dapat junior! yuhuuuuuu.. Alhamdulillah kan? semoga kandungan kak Zila sihat sehingga melahirkan nanti. semoga dapat baby yang comel dan gojes. macam mama dan papanya kan? hehehehhehe

sebenarnya hari ini aku nak cerita pasal KURMA. haaaaa...bulan2 puasa macam ni semua nak cerita pasal kurma kan? bulan lain tak pun. sebab sunnah makan kurma masa berbuka. benda yang senang kita buat dapat pahala, takkan tak nak oi? haaaaa..


dulu masa aku kecik, aku tak suka makan kurma. pada aku kurma tu manis sangat dan tak sedap sangat. masa tu tak tahu la apa kebaikkan makan kurma, apa lebihan kurma, apa khasiat kurma. cuma tahu kurma tu bagus. kena makan. tapi aku tak suka >.<


lepas tu besar sikit aku mula la tahu apa khasiat kurma, kenapa kena makan sebelum makan benda lain masa buka posa. macam2 la yang aku tahu. tapi aku still tak suka kurma sebab kurma manis sangat. tak leh terima. tekak memang tak suka. 


tapi sekarang ni aku boleh je makan kurma. eleh, boleh makan banyak2 lagi. aku rasa kurma ni sekarang dah tak manis sangat. ke sebab tekak aku dah berubah? errmmm... sejak aku masuk universiti, aku kena puasa dekat kolej. kena makan je apa sahaja makanan yang dewan makan hidangkan. jadi aku semakin tak memilih. janji boleh terima tekak aku, janji perut aku kenyang. bantai je. bukan jenis memilih.


jadi sekarang aku suka kurma. buka puasa makan kurma dulu tak pa. boleh makan dua tiga pun. bukan satu je. tapi aku pilih yang lembut2 basah2 la. sebab yang kering2 aku tak suka. tersekat je kat tekak. baik yang lembut2 sedap je lembut2 manis2. hehehehe





macam gambar atas ni. ok ni cuma gambar hiasan je ok. korang jangan terliur pulak! kang aku pulak berdosa sebab membuatkan korang terliur dan tak tahan nak makan. jangan..jangan.. kawal nafsumu! hahahaha


aku ingat aku je tak suka makan kurma dulu2. tapi bila aku blogwalking blog2 orang lain rupanya ramai yang tak suka makan kurma masa dia kecik. Blog Budak Lelaki Sebelah Pintu dan Cik Bulat. macam aku jugak la dulu. hahahaha. tekak budak2 ni memang tak boleh terima eh? tapi bila dah besar2 boleh je terima tekak tu. makan pulak kurma semangkuk pun boleh kan? cuma kurma berbadam tu memang extra sedap la sebab ada badam, tapi selalu sangat tak bagussss.. kolesterol kekacang! >.< hehehehehehe..


dah pukul 4 la. korang semua berbuka menu apa hari ni? aku menunya terletak di tekak, dihati dan di bazar.. tu la. duduk rumah sewa, tak ada dapur. kalau ada dapur kan pemalas masak. kalau duduk rumah kampung tak pa. mak masak sedap2. waaaaa... ni duduk rumah sewa sahur makan biskut, makan roti je. dekat rumah kampung makan nasik. mak masak la opkos..


ko bangun2 genyeh2 mata, menguap sekali dua dah ada nasik panas di hidang atas meja. paling2 pun. kau bangun tolong ceduk nasik dalam periuk dan buat air. lauk mak dah masak. ayam, telur ayam, ikan, daging, sotong, sayur semua boleh ada atas meja pagi2. kan sedap tuh!! >.<


ok la kawan2. siapa nak masak boleh pergi masak. siap2kan bahan2. hehehehe




tata..






No comments: