Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, August 10, 2011

Lap2 air mata




sudah hari rabu. jadi hari ni aku pulang. sebenarnya tak tahu la nak pulang bila. mak suruh pulang hari ni. kakak suruh pulang jumaat saing beliau. aku? aku tak kesah pulang bila2 masa. aku selesa je duduk JB dan rumah. sama macam duduk shah alam. aku selesa. 


esok aku balik siang. tanak petang. sebab kalau petang, akan sampai malam. tanak nak buka puasa dalam bas. tak suka. hehehe. jadi balik balik cepat. dapat makan enak2 kat rumah. hehehe.


nanti 17 hb aku datang semula seba hotel panggil aku untuk berbuka puasa di Persada sama2 pekerja dan aku bakal dapat elaun yang tertangguh tu. insyaAllah aku datang semula jalan2 dekat hotel mencari kawan2 lama dan bertemu orang2 yang aku bakal tinggalkan lama2 lepas ni. entah bila aku akan balik semula tak kira la as guest atau as staff. aku pun tak pasti... kalau jodoh kita panjang dan umur panjang kita kan berjumpa ye.


hari tu masa last day ramai yang aku belum bersalam, belum mintak maaf. belum bergambar sama2. kalau dapat jumpa masa hari rabu tu nanti aku nak salam, mintak maaf banyak2 dan ambik gambar mereka. manalah tahu dalam aku praktikal tu aku ada tersalah kata, terkecilkan hati orang, terperli dan tersakitkan hati orang dalam keadaan aku sendiri tak tahu aku nak mintak maaf sangat2. hope semua maafkan kesalahan aku. aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. ;'(


aku tak nak cari lawan, aku nak cari kawan banyak2 dekat sana supaya aku dapat berkawan sampai bila2. tak kira umur tak kira jantina. sebab aku rasa kawan lebih baik berbanding status lain.


3 bulan kat sana mesti akan ada orang yang mengintai kita kan? ada je cerita masing2 di tempat praktikal masing2 kan? begitu juga aku. walaupun aku tahu ada yang cuba mendekati aku, aku terima mereka sebagai kawan. tak lebih dari itu. maaf, ye. aku harap mereka tak salahkan aku kalau aku menolak mereka. bukan darjat aku pilih. aku selesa berkawan dengan kamu semua. 


aku sedaya upaya tak mahu menitiskan air mata, tapi kenangan di sini mengajar aku erti sabar, erti bertanggungjawab, erti kerjasama, erti setia, erti kasih, dan bermacam2 lagi. aku belajar memerhati, melawan dalam diam, bertoleransi dan erti sahabat. terima kasih untuk setiap nilai murni yang kamu semua telah serapkan walaupun ianya hanya perbuatan seharian. setiap minit jam yang berputar  membawa aku kealam dimana aku bersama kamu semua dan apa yang patut aku lakukan.


semoga kita akan berjumpa lagi, mungkin bukan di hotel ini. mungkin di situasi yang lain. hanya doa aku iringkan untuk kalian supaya sentiasa sihat dan kita dapat berjumpa lagi. =)


warkah dari aku,
cewahhhh.. feeling habis aku menulis! hahahaha.. ok2 dah pukul 1 baik kau tidur iza. nanti 17hb jumpa lagi mereka2 tu. 



nite. bye2!





1 comment:

Unknown said...

biasalah itulah namenya shbat..indahkan pershbtn walaupon hanya 3bulan shje..