Happy Cat Kaoani -->

Thursday, August 18, 2011

Bersawang~




owh, sungguh banyak cerita nak diceritakan. sangattttt banyak tapi apakan daya line internet di rumah macam tutttttt.. jadi saya terpaksa menahan diri untuk menonton tv sahaja. ataupun meain laptop hanya main game yang dah ada sedia kala. nak main internet? boleh blah!


aku rasa macam buhsannya tanpa internet disisi. rasa macam nak sumbat2 buah rambutan dalam mulut banyak2 simpan dalam mulut sampai kembung pipi. haihhhh...


rambutan ada berbakul2 dirumah, cempedak diluar pagar pun ada bersepah2 dimakan tupai. bila saya marah tupai mak kata " biarlah dia pun nak makan jugak" tapi bila aku buat derk je mak aku kata " kenapa tak cakap mak tupai sampai dah makan cempedak? dah busuk dah" eh? bukan mak nak bagi tupai tu makan ke?? *.*



korang dah beli baju raya?? belum? dah?? warna tema apa? ke warna warni? ermm, aku warna biru muda. OMG! menyesalnya pilih warna tu sebenarnya, sebab warna baju tahun ni semua warna pekat2 macam hijau pekat, kelabu, hijau lumut, pink pekat.. owhhhh, semua pekat! tensenya! >.< rasa macam putus asa nak carik baju warna tu. rasa hati, time tu jugak nak ubah warna tema keluarga tu.. aduhhh.. naik lenguh kaki tapi tak jumpa2 juga baju yang sesuai warnanya. ada yang sesuai dan berkenan, tapiiiiii harganya beratus2 okeh.. paling murah RM150. aku pandang mak, mak kata sekali setahun apa salahnya mak kata la, aku kata tak nak la, gojes sangat! * aku ni sedar diri jugak, tak payah pakai gojes2 sangat nanti tak terpakai, terbiar je dalam almari, kan rugi!* 



akhirnya beli warna baju tak biru sangat. hijau je banyak. dan aku sebenarnya tak berkenan dengan warna tu. tapi apakan daya, andai tak ada sangat aku pakai la jugak.. huuuuuu



* foto hanya sekadar hiasan duniawi*








No comments: