Happy Cat Kaoani -->

Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa di Tanjung Kapal Beach Resort~




hari tu 13 Ogos 2011 aku dan kawan2 berbuka puasa di Tanjung Kapal Beach Resort. ok, nama nak gah gila padahal.. biasa je la. sebab tu kampung aku terchenta. di organize macam biasa oleh orang kuat yang sentiasa ada budget nak dulukan duit dia untuk deposit. cik Yanti..hahaha.. lagi pun sekali nak jumpa kawan kami si Hazani yang baru balik German tu. dia buat internship dekat German...


lepas tu ber bondong2 lah kami ke sana. padahal tak ramai mana pun. adalah 15 orang je. tapi cukuplah sekadar berjumpa selepas 8 bulan tak jumpa. wuwuwuwuwu...


dapatlah berbual2 tanya pasal pelajaran, pasal u, pasal bila nak habis, mohon kerja apa, kau praktikal mana, semua la kan.. baru la tahu si dia ni praktikal mana, cerita pasal si anu ni la ape la. macam2 la kami berbual. lama dah tak jumpa kan. 


lepas tu tanya sesiapa yang tak datang tu dah kenapa. sebab apa. yelah, kalau lagi ramai join lagiiiiii best kan? berbual2 mesra, dan gathering macam dulu. selalunnya memang kami buat la. dulu kami buat di Mid Valley. tahun ni buat kat kampung je, senang! hahaha. nak tahu entry dulu klik SINI.


sila la tatap gambar picisan dari camera bukan picisan sebab dia guna Nikon D90. kawan saya punya camera. saya? saya tumpang menyibuk nak bergambar adalah! haahahaha




















gambar sangat jelas dan terang. segala urat sarat dan liang sebum boleh nampak dengan jelasnya. nampak sangat camera bagus bangettt! jadi haruslah gambar sentiasa terang benderang bagai tiada cacat celanya! hahaha


seronok of course la sebab kawan2 semua dengan semangatnya makan dan berbual itu ini. dan aku tak pernah rasa di ketepikan bila bersama mereka. thanks kawan2 semua!



plan raya ni ada lagi rasanya. jangan lupa mesej beritahu plan tu ye! adios!!




No comments: