Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, July 12, 2011

Public Area!! =)




hari ini aku dapat belajar dengan tenang dan berlegar-legar di kawasan lobby dengan tenang.yeaaaa! tapi esok belum tentu lagi nasib aku. yeaaaa.. aku suka di public area tapi bohsan kerana tak ada kerja jadi berusaha nak cari kerja dengan mengelap segala apa yang ada dekat lobby tuh! =)


sampaikan semua kerusi, pasu, meja, tabung bantuan, dan apa2 sahajalah aku lap janji nampak aku ada kerja dengan mengelap ni. -.-' takkan sepanjang masa nak pegang penyapu, macam pelik je kan. kalau nak pegang dust mop je biasanya mak ani dah cop dulu dust mop untuk menggelakkan kita nampak seperti berlenggang. kalau ada dust mop nanti kalau tiba2 bos lalu nampak la kita sedang buat kerja. bukan jalan berlenggang. hahahhaha


ini stratergi ok, bukan cara2 nak meningkatkan kesedaran BERSIH 2.0 ke hapa. tapi ini setiap hari kami mesti adakan PERHIMPUNAN BERSIH sebab setiap hari akan ada briefing untuk memulakan tugas dan kalau2 ada perkara yang nak disampaikan supervisor kepada maid.. tu pun perhimpunan juga kan?? >.<


seronok sebab dapat tengok guest jalan2 dekat lobby, seronok dapat tengok pintu depan, seronok dapat tengok guest keluar masuk, seronok dapat tenok group2 baru sampai sama ada check in atau datang untuk meeting dan seminar. semua aku suka tengok. rasa macam bebas sangat dapat berjalan kesana kemari dekat lobby tanpa ada gangguan dari mana2 pihak. 


harap2 esok pun aku dapat la belajar dekat public area lagi. buhsan pun buhsan la tak kesah. janji aku tak buat bilik. lagiiii bosan lah. =.=' tak tahulah apa yang tak membuatkan aku buhsan. kalau buat kerja hari2 benda yang sama memanglah buhsan sangat kan? tapi itu adalah kerja kita. kerja dengan belajar lain. dulu masa sekolah nak cepat2 kerja sebab nak dapat duit sendiri dan kerja best2. tapi bila dah kerja rasa macam, ehhhhh.. aku nak belajar je sebab belajar lagi best dari kerjaaaa... hahahahaha.. dunia dunia.. macam tu la! -.-'


aku ni hari2 membebel pasal tempat praktikal aku kan? pasal kerja yang aku buat.. nak buat macam mana dah itulah dunia aku. itu yang aku pandang hari2 jadi korang hadap je la apa yang aku nak cerita ni. janji aku puas hati... =)






  thanks sudi baca entry mengarut sebelum ni.. =)





5 comments:

Acik said...

bersih! sensitip tuh! :)

Sofea Lang said...

huh..bersih minda kte..he3

Bui Junaidi said...

rajin nya..
dtg sini pulak
lap2 rumah bui
hehe *_*

Adzriel AB said...

asyik dok tengok org je...he..he.. cuci mata ek..

..hizamirahim.. said...

gosok jangan tak gosok.
:D