Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, June 28, 2011

Sepah Maharaja Lawak Pertama!






memang tak dapat dinafikan bahawa Sepah adalah yang terbaik dalam Maharaja Lawak. ramai sangat orang sukakan sepah sebab sepah ada humor yang orang lain tak ada. selamber badaknya tapi kelakar gila.. boleh?


minggu 12 dan minggu 13 Sepah sangat kelakar. dan pada aku most week Sepah memang baik punya.. aku suka lawak sepah yang keMELAYUAN dan sangat ketimuran. the most week rasa macam lawak Malaysia. tak ada la macam mengarut sangat ke apa. dan yang pasti lawak mereka kita paham. dan berbekas dihati.




malas la nak komen banyak2 korang nak tahu tengok la sendiri lawak diorang ni. sangat rare dizaman sekarang. aku rasa la diorang ni bakal jadi kumpulan lawak baru di Malaysia yang mampu buat rakyat Malaysia terikut-ikut dengan rentak mereka.


bukan ikut benda yang tak baik. ikut lawak2 diorang. lagi pun bukan lawak2 diorang ni tak sopan ke apa. mostly semua ok. tak ada yang sensored.


jadi tak hairanlah kalau Sepah menjadi Maharaja Lawak Musim Pertama ni. dan aku pasti kalau ada Maharaja Lawak musim akan datang pun belum tentu sebagus dan sehebat mereka. sebab apa, biasanya musim2 seterusnya selalu lemau.. tak best dan tak sehebat musim pertama. apa aje la realiti tv macam AF, Mentor dan banyak lagi..


apa pun tahniah kepada Sepah kerana berjaya membuat satu fenomena di dalam Malaysia dengan lawak2 sempoi anda. teruskan usaha berlawak dan kekalkan imej bersih dan lawak keMelayuan anda tu. itu sebenarnya yang rakyat Malaysia suka.. "Lawak KeMelayuan" supaya ia dekat dihati penonton semua lapisan masyarakat di Malaysia..


apa pun selamat menempuhi alam realiti artis Sepah!





No comments: