Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, May 18, 2011

1st Day Practikal

 1st day practikal. tak banyak benda yang boleh diceritakan. ke malas nak diceritakan? haaaa... memang pun. sebab saya penat hari ni. sebab apa penat? ni la nak cerita ni.



pergi pakai baju putih. kain hitam. then, sampai dapat baju sebab saya kerja di front office. penat je pakai baju dan kain tuh. lepas tu dapat baju. haaaa.. dapat baju dengan kain ok. blazer pun ok cuma besar sikit. tapi yang tak bestnya kain tu belah. kain belah sampai lutut. ok. fine. pakai tudung tapi kain belah sampai lutut. itu memang tak vouge langsung. aku tak pakai legging ke hape sebab aku tak tahu ok. tak tahu pun kain dia pakai kain belah. dan terpaksa pakai. gambar tak de. jangan nak mengada2. tak lawak ok...


dan berjalan la tour hotel dan tour persada johor dengan Duty manager dengan kain belah. sampai balik pukul 5 dengan kain belah tu. sungguh rasa tak selesa. tapi nak buat macam mana kan? dah hotel suruh. 


esok jangan risau. saya dah beli legging hitam untuk tutup kaki ai yang tak lawa tu. benci ah. ingatkan tak ada ape dah kena beli. sekali still kena beli jugak.. huarghhhh...


hari ni kerja tak ada apa. selain jalan2 dengan duty manager tengok2 hotel dan persada ni, selain tu tengok je kakak2 tu buat kerja. ye. tengokkkk sampai kau menguap empatratusduabelas kali. ok. sangat buhsan ye. tengok dengan tak buat apa2 ni. phewwwww...


dah la pakai high heels seharian. memang penat la gamaknya kaki ni. hukhuk. mudah2an esok tak de la berjalan banyak. buar la duduk2 je... hadoiyai.. tak sanggup den.


apa lagi yang best hari ini? belum mungkin. buat setakat ni suasana ok. cuma sedikit takut2 sebab tak ada kawan dan ini adalah hotel 5 bintang. kalau tak memang dah suka hati aku je la.. hahahaha. 


dulu praktikal tak ada protokol. main belasah je suka hati. selagi tak datang lambat. tak ada masalah besar kira ok. ni dah la ada uniform, protokol siap, takut je kalau salah buat apa2 benda. malu ok. macam kampungsangatkaunitaktahubuat. macam tu la.


aku tahu ramai pekerja macam "owh, budak ni degree.. mesti macam berlagak bagus ni" sebab kalau aku perkenalkan diri dan cakap dari ijazah perhotelan diaorang mesti maca owhhhh... degree.. sebab kebanyakannya diploma dan SPM je. banyak diploma UiTM juga. masa tu ITM lagi. dekat Dungun dan jumpa 2 orang. lain2 tak tahu lagi. jadi... mereka anggap saya ni macam banyak la tahu. padahal benda ni base on experience. tak menjadi kalau teori je. memang tak jalan... its about service kan?



gambar? nak gambar ke? owh, malas ok nak letak gambar. nanti la kalau rajin. kaki lenguh sangat ni. nak mapan je dah rasanya.. haiyakkk.. belum pukul 9 lagi la iza oi!


ok la. nak makan jajan. lapar balik. ok dah ye. bye...




No comments: