Happy Cat Kaoani -->

Saturday, February 26, 2011

Dulu Korang Rumah Sukan Warna Apa??



dulu masa aku kecik aku admire warna hijau. sejak kecik aku suka warna hijau okeh. tapi nasib tak selalu menyebelahi aku. aku undi dapat rumah hijau masa aku kecik2. then, sekolah menengah aku dapat rumah merah. ye, rumah merah. dulu masa aku sekolah, warna merah antara kumpulan yang paling banyak menang. rumah merah dengan rumah biru. kat sekolah aku dia namakan warna2 tu dengan nama lain.


Merah  = Panglima
Biru      = Laksamana
Hijau    = Temenggong
Kuning = Bendahara



jadilah aku warna rumah panglima yang amat tak memberikan sumbangan. dulu masa aku sekolah aku mana suka bersuka. tengok orang bersukan dan aku akan sorak je. kalau rumah sukan aku memang aku sorak kalau kalah rasa macam nak bukak je baju sebab baju yang kami pakai tu baju warna rumah. semua orang tahu kau rumah apa atas padang tuh. bagus la kalau pakai baju tu, nanti kita tak ketinggalan dapat makanan free masa sukan sekolah. minum air free.. dapat nasik ayam lebih. dapat duduk dalam dewan sebab tolong cikgu buat kerja. sebab dulu aku tak main ape pun.



gila tak ada semangat kesukanan aku ni kan? biaq pi la. malas aku bertegang urat nak latihan tiap petang. lenguh beb. kalau ada latihan sukan, malam2 aku selalu je tidur depan buku. sebab buat kerja sekolah dah tu terlalu penat aku tekup je muka kat buku. tapi aku pembersih. tak ada air liur basi kuar. (walaupun ada sikit), hakhakhak



dulu kalau latihan sukan kan, semua murid kena buat saringan. daripada saringan tu cikgu akan ambil mana yang paling terror untuk mewakili rumah sukan untuk bertanding. jadi masa saringan tu aku dengan kawan2 yang pemalas nak bersukan akan buat sehabis tak baik. dapatkan markah paling rendah dan paling huduh. jahat kan?? heeee... kalau lari aku la last, kalau lompat jauh aku la lompat paling dekat dengan salah kaki landing lagi, kalau lontar peluru dan lontar lembing aku paling dekat lontar. dah tu kalau lontar lembing tak bagi terpacak. kalau lontar lauh dan terpacak kompem nama kau naik pergi pemilihan wakil rumah sukan. tanak aku...



aku paling benci larian baton. benci gila okeh. aku dah la tak kuat lari. kaki pendek. badan pun pendek. orang lain tahu nak cepat je. kena pulak pass2 baton bodoh tu. eeeeiii.. menyampahnya aku bila aku lari semua orang kat depan. aku rasa trek aku la paling panjanggggggg sekali walaupun hakikatnya sama je panjang trek tu semua. hakhakhak..


sampai masa aku form 5 dah besar dan dah pandai buat kerja jahat, aku dengan kawan2 menyorok dalam toilet sebab tak nak buat latihan sukan. buat saringan pun tak nak. pakat semua menyorok dalam toilet siat masik ramai2 dalam bilik kecik tu lagi. gila tak boleh blah punya malas nak latihan.


kawan aku pernah kata "sukanlah satu2nya bidang yang tak akan dia ceburi kelak" perghhhh... semua suka ayat dia. kira kalau sekarang kau buat status macam tu kat facebook comfirm ramai orang like status kau. hahahhaa..










oke lah. sampai disini sahaja celoteh membebel aku kali ni. nanti-nanti aku membebel2 dan mengimbau kenangan lama kembali. tata.



=)

No comments: