Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, December 8, 2010

Aku tak mahu kau membesar!

Di rumah aku punya dia. Dia yang bias buat aku tersenyum dan bias juga buat aku teriak kepadanya. Dia yang lembut dan comel. Dia juga buat penghilang bosan aku. Menerbitkan tawa dan membuat aku rindu bila berjauhan dengannya.



Dia hanya tahu bermanja, makan dan bermain. Dia sangat manja. Sangat suka menggeselkan badannya ke kaki orang. Sangat manja dan suka bermain. Dia suka bila aku duduk bersila sebab dia akan naik ke pangku aku dan tidur. Sangat keletah dan manjanya buat aku gembira sahaja.




Namun aku tak mahu dia membesar. Aku mahu dia terus terusan kecil dan buat aku tersenyum. Jika dia membesar, dia akan beranak dan mempunyai banyak anak. Dia akan tak jadi manja lagi dengan aku. Selain tu, dia jug akan tidak comel lagi.. tak mahu.. aku tak mahu tu..




Kalau aku ada kuasa, aku akan sumpah dia supaya dia akan terus kecil dan comel macam sekarang ni. Aku suka sangat dia bila dia memandang aku dengan dua matanya yang bulat dan keliling matanya hitam seperti memakai celak. Mulutnya akan terbuka sedikit seperti ternganga melihat aku. Mukanya seperti mintak penampar sebab sangat comel dan manja budaknya.




Aku geram bila dia membuat aksi menarik. Selalu sahaja aku rakamkan aksinya supaya bila dia telah tiada aku aku tatap gambarnya dan akan aku sebut2 dia supaya dia sentiasa dalam ingatan aku, seperti kucing2 ku yang dahulu.




Tapi aku tahu, dunia akan terus berputar. Dia akan tetap membesar dan menjalani hidupnya juga. Aku harap akan datang aka nada anak kucing lain yang bias buat aku tersenyum dan penghilang resahku…

No comments: