Happy Cat Kaoani -->

Friday, December 10, 2010

Pungguk dan Anjing bersahut-sahutan

Malam tadi aku dengar pungguk dan anjing sekitar rumah aku bersahut-sahutan. Adakah malam tadi bulan mengambang? Kalau nak di ikutkan logic jugak sebab malam tadi malam jumaat. Tapi pungguk tu sekejap je berbunyi.. sekitar lepas maghrib. Lepas tu tak ada pulak bunyi lagi..

Dah la malam tadi aku tengok Saka Jentayu tu. Haish.. mula2 macam ok je tapi bila lama2 tengok mau jugak aku teringat2 cerita tu. Paling kesian Tayu la sebab dia tak bersalah tapi saka tu nak dengan dia. Jadi dia akan sentiasa terdengar2 dan ternampak2 gangguan segala saka tu. Kesian sangat..



Bila tengok cerita macam ni aku jadi bersyukur sangat yang aku tak di kurniakan anugerah macam tu. Tak ada makhluk lain yang ingin bersama. Sangat seksa. Semoga Allah sentiasa melindungi aku dan semua ahli keluarga aku. Aku pun sentiasa berdoa supaya kawan2 semua tak diganggu makhluk halus sebegini.



Aku memang tahu ada burung hantu sekitar rumah aku. Dia duduk dekat pokok manggis tua tepi parit. Pokok tu besar dan rimbun. Tak nampak apa pun kalau dari jauh tengok ke dalam pokok tu. Bawah pokok tu pernah ada monyet mati sebab terperangkap dan di ikat kat pokok tu. Kemudian kawan2 monyet tu bawak bangkai monyet tu lari.



Lepas tu ada seekor burung hantu besar duduk pokok tu dan akan berbunti setiap malam tepat jam 12 malam. Waktu tu aku masih sekolah. Dan waktu cuti sekolah aku akan tidur lambat sambil baca novel dan tunggu abah balik kerja. Hari2 aku akan dengar burung hantu tu berbunyi tepat jam 12 malam. Kuat pulak tu. Rasa memang takut sedikit sebab bunyi dia mendayu-dayu dan kuat. Kadang kita dengar macam bunyi mengilai… grrrrrr.. kecut jugak perut aku..hahaha



Sekarang jarang bunyi burung hantu. Malam tadi je ada dengar, tu pun tak panjang sangat. Awal2 malam dengar tak lah takut sangat. Kalau tengah2 malam tu ada jugak la ketar dengar..hikhik

No comments: