Hari ini merupakan birthday aku yang ke-21. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir dan kepada sesiapa yang ingat birthday aku hari ni. Aku sangat hargai korang semua sebagai sahabat aku.
Dah lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Aku tak ada internet dekat rumah, jadi aku malas nak pergi cc dan menaip. Sebab cc kalau cuti sekolah sangat penuh dengan budak2 main game. Memang tak ada can nak dapat satu pc pn. Kadang2 aku kena bawak laptop sendiri pergi cc sebab nak dapat line. Aku tak bayar lagi broadband jadi tak dapat la nak main2 dekat rumah. Kalau tak walaupun ada tak ada line boleh jugak aku update blog ke bukak facebook. Ni memang langsung tak dapat la.
Aku rindu sangat nak blogwalking.. nak balas komen.. nak taip entry banyak2 sebab dah lama aku tak buat semua tu. Sejak aku balik je tak ada internet terus aku stop semua tu. Aku rindu nak balas2 komen dengan semua kawan2 dan kenalan. Yang banyak beri semangat dan dorongan dalam dunia blog ni.. aku tahu aku dah miss macam2 cerita, aku dah miss macam2 kontest, macam2 giveaway dan banyak lagi cerita korang aku miss dalam masa sebulan lebih ni kan.
Aku bukan tak ada bukak langsung blog aku. Ada tapi aku bukak tengok2 then tutup. Tak ada feel nak balas komen, tak ada feel nak menaip dan tak ada feel nak terjah blog korang yang cantik dan best2 tu.. sebab kalau aku jalan rumah korang aku ni susah nak balik. Kang aku tekan tu ada entry menarik.. tekan pulak cerita ni ada yang menarik jugak. Tu belum lagi aku belek segala isi dan layout korang yang cun melecun tu..susah aku nak tekan pangkah bila bukak blog korang. Tak cukup sejam dua tau nak melawat korang semua. Kurang2 5 jam..hahahahha
Bila aku dapat bukak internet ni time mesti menghambat aku. Tak pun aku kena bukak laju2 tengok fb dan blog. Belek emel sikit then chow.. tak boleh lama2. Tak pun kalau aku dapat internet time tu la nak berbual nak itu nak ini. Tak focus tau nak melawat dan baca entry orang…tak feel semua tu. Lagilah tak feel kalau aku nak menaip cerita panjang2 ke hape.. memang aku biar je la blog tu kosong…
Nanti naik u balik aku try blogwalking lagi semua blog korang. Korek2 cerita best2 korang. Nanti aku jelajah semua. Korang jangan risau ok. Aku janji melawat korang semua. Aku tahu korang semua sentiasa ada cerita baru.. aku rinduuuuu… rinddduuuuu nak baca semua tu…
Ok lah. Kalau ada apa2 nanti aku tulis kalau aku rajin yep. Sekarang nak chow dulu. Tata titi tutu… weeeeee
No comments:
Post a Comment