Happy Cat Kaoani -->

Monday, November 15, 2010

Cerita Sem Ini

seriusly aku tak tahu apa nak cerita. tapi aku tetap juga nak cerita sesuatu. fine, aku kena cari tajuk yang boleh diceritakan.tapi masalahnya tak ada. aku tak tahu apa nak cerita sebab kat rumah sangat buhsan. tak ada yang menarik sebab aku hanya duduk rumah sahaja. kesihan aku kan?? jadi ada siapa2 nak ajak aku keluar? jika anda transport lagilah amat dialu-alukan!




seperti yang korang semua tahu, habis sudah semester ini. aku jarang sedih pada saat perpisahan, biasanya aku sedih saat lepas berpisah. saat terkenang semua memori lama. aku memang macam tu.




bila aku fikir2 balik, sekejap je semester ini berlalu. aku tak tahu berapa lama lagi aku akan belajar sebab aku tak dapat estimed jangka masa aku belajar, antara 2 tahun setengah atau 3 tahun. sebabnya aku tukar kos jadi bila tukar kos aku kena 2 tahun setengah. tapi banyak masalah yang timbul jadi aku jangka 3 tahun aku akan habis. aku harap aku cepat habis belajar, walaupun aku tahu saat2 belajarlah saat yang paling gembira dalam hidup sebab bersama rakan2. tapi apa boleh buat, kalau study lama2 akan lebih banyak la duit PTPTN yang nak kena bayar..





saat2 pahit manis suka duka aku mula menjejakkan kaki ke Shah Alam masih aku sangat ingat. aku bersama Husna mendaftar kesana dan kemari. mencari bilik kolej dan sebagainya. saat mahu putus urat saraf mengangkat segala barang sendirian dan macam2 lagi. aku banyak sangat kenangan dengan Husna. masa aku nak balik hari tu Husna kata sedih sebab cepat sangat masa berlalu. lepas ni mungkin jumpa masa ambil jubah atau masa konvo nanti.. 




lepas tu dia mungkin bizi bila start sem baru sebab dia kena kejar semua pelajaran dalam masa 2 tahun. tengok je la sem ni, sangat bizi dan kami jarang luahkan masa bersama. 




sem depan mungkin sem yang sibuk sebab sem ni adalah sem yang sangat relax sebab ada 4 subjek sahaja. aku akui sangat pleasure dan sangat la tak memberi perhatian macam masa diploma dulu. aku rasa diploma dulu kelas penuh je, penat sangat dan otak sentiasa fikir pasal assignment, kelas, kuiz dan test yang bertimpa-timpa. macam sangat pack keadaan masa diploma. masa naik degree aku sangat relax dan tak beri perhatian. jadi aku nak nasihatkan diri aku yang sem depan kena lebih peka, lebih baca buku, lebih rajin, lebih bijak bahagi masa dan sebagainya..






aku rasa tu semua layak dijadikan wish tahun baru kan?
hikhik.. 





aku harap aku dapat la buat ape yang aku dah wish. aku tahu ramai yang under estimated aku. aku tahu. bila aku cakap korang tak percaya. bila aku beri pandangan tak nak mengaku benda tu betul. hanya sebab aku gagap dalam speaking dan benda2 lain. ye, aku gagap time tu sebab aku gugup. lepas ni aku malas dah cakap. korang nak caya suka hatilah. tak nak caya sudah. 





apesal teremo ni? sebab aku nampak sesuatu yang aku tak suka dalam hidup aku. 





2 comments:

ardinihumaira said...

semoga dapat apa yang dicita2kan :)

Nour Eyza said...

terima kasih dni... =)