Happy Cat Kaoani -->

Saturday, October 23, 2010

.Melaka Maju 2010.

tajuk dah best dah. tapi aku bukan nak cerita pasal Melaka Maju 2010. propa je tuh. bila cakap pasal Melaka banyak perkara yang aku ingat. banyak cerita yang aku karang selama 3 tahun dekat sana. banyak sangat sampai ada perkara yang tak mahu ingat. rindu tapi benci. ape aku merepek ni?



lagi2 merepek. bukan nak study aku ni. ntah, dah aku rasa nak mengarang sekarang ni. sekarang asal ingat Melaka je mesti aku ingat nak buat clearence. tak menyempat-nyempat aku nak baut clearence. sape nak teman pun tak tahu lagi. kalau aku kontek orang Melaka ada tak yang sudi temankan? hikhik..


matiklah.. tak mau aku. baik aku pergi sorang2. rindu nak berpoya-poya di Dataran Pahlawan dan Melaka Parade. sebab dekat sana banyak kedai kasut yang ada kasut cantik2 dan harga berpatutan. berpoya2 dekat sana sampai malam baru balik. makan. tengok wayang dekat DP. jalan2. makan dekat McD. makan dekat food court yang tak sedap tu.. ermm.. apa lagi ye? 


kalau dekat UiTM Melaka toksah kata la. banyakkkkkkk sangat kenangan. dari blok Dang Wangi bilik 1104 hingga ke tasik.. library.. kelas.. hep.. hea.. huaaaa.. banyak sangat perkara yang berlaku. jangan lupa dekat jambatan.. tempat jatuh lagikan dikenang. ye, dekat Melaka banyak kali sangat aku jatuh. dekat level pernah jatuh, lekat kaki lima kolej penah sebab slipar licin lari2 nak angkat baju sebab dah hujan, jatuh masuk longkang dengan camera, jatuh dekat jambatan.. dekat BB aku pernah jatuh tak ek? ah, lupa.. banyak kali giler jatuh.. mostlay luka dekat lutut dan lebam2.. standart la kan.. gua budak lasak dari kecik asyik jatuh je. lutut dah tak nampak kulit bersih semua ada kesan luka jatuh.. nice2!


harap2 nanti adalah kawan aku nak pergi Melaka ye. erm.. aku kena pergi Melaka dari Shah Alam sebab lagi dekat. akalu dari JB jauh gila petang baru sampai. nanti tak sempat nak menguruskan segala macam perkara. 



ppssssttt :: tekak mula gatal lagikkkkk... menci! >.<



1 comment:

ardinihumaira said...

selamat maju jaya melaka :D