tahniah kakak saya. dia dia biasa ambik ijazah atas pentas ni jadi tak adalah jakun sangat kan. hari ahad bila ek? lupa dah, lebih kurang minggu lepas-lepas dah dekat 2 minggu jugak kakak aku konvo. heeeee..
aku gerak pergi Tanjung Malim pagi sabtu sebab akak aku nak ambik jubah dekat UPSI sehari awal. aku pulak ikut je sebab aku tak reti nak pergi sendiri. sebenarnya reti tapi pergi dengan kawan lagi best. mak abah aku pergi sendiri dari kampung ari sabtu jugak tapi akan sampai petang, jadi aku dengan akak pergi dulu.
lepas ambik jubah semua aku pergi hotel yang akak aku dah tempah. aku lepak2.. konon nak update blog semua sekali internet slow sangat. malas aku. maka aku dengan kakak aku tidur je sementara tunggu petang mak abah aku sampai.
esoknya aku dengan family ke UPSI untuk akak ambik konvo. sebab akak aku sidang pagi. maka dengan melawa2 semua ke UPSI. gila tak teratur cara konvo. aku dapat masuk tengok.mula2 aku duduk luar je sebab limit 2 orang satu keluarga sekali mak aku mesej cakap masuuk je ramai orang masuk lebih2 dia tak check.. ada yang masuk tu budak2 baby2, siap budak2 tu bawak masuk belon2 bagai. melampau. haha..
kalau korang nak tahu, daripada kakak aku konvo ijazah dekat UM sampaikan diploma pendidikan dekat UPSI, jubah dia yang pakaikan adalah aku. hebat gak aku. aku tanya kakak aku cam ne nak pakai benda ni. dia tunjuk sikit2 then aku pandai buatkan sebab aku tengok cara orang lain pakai yang cara aku rasa paling betul dan sedap mata memandang. tak adalah lidah kedepan la, tertarik atas ke hape ke kan... nak yang molek2 je letak atas bahu, atas dada...heeee
sampai masa nak ambil skroll ada orang yang akan tengok cara pemakaian jubah betul ke tak, kalau tak betul dia akan suruh betulkan sebelum naik pentas tu. dan dia kata cara pemakaian jubah kakak aku adalah yang betul sekali... seee! terer tak aku? eh, terbelagak pulak.. tak ler berlagak, setakat pakaikan orang jubah je kan.. bukan buat kapal angkasa ke hape..hehehehe.. tapi cara aku yang paling betul?? betul ke? macam tak percaya!
meh2 la tengok gambar pulak. malas aku nak cakap2 lagi...hehehe
:: kakak saya pada pagi itu. jubah dipakaikan oleh saya..::
No comments:
Post a Comment