masa aku balik dari Tanjung Malim, aku pergi dekat Stesen Bukit Jalil untuk balik ke Johor. aku dan akak meronda2 mencari tiket untuk perjalanan pulang kami sekeluarga. semasa sibuk meronda macam2 ulat datang rekemen tiket dekat kami.. biasalah tu kan.. siap kejar suruh beli tiket dia.. keadaan hingar bingar macam dekat Puduraya dulu. hampir semua kaunter tikat amat sibuk.. orang ramai nak beli tiket. ada yang menjerit ada yang menyanyi.. macam-macam..
tapi ada satu kaunter ni pekerja dia relax je.. duduk2 tengok orang lalu lalang dengan muka sedih. nak tahu kaunter apa? kaunter bas DELIMA..sunyi je..
bila aku keluar dan masuk bas sebelah aku bas DELIMA.. merah menyala, tapi tak jalan sebab orang semua tak mahu naik bas DELIMA ekoran kemalangan 10.10.10 yang meragut 12 nyawa serentak. amat menyedihkan. dan berita semalam saya dengar, punca kemalangan itu adalah bas yang dipandu laju 120km/j.. lajunya!! Ya Allah.. kapalah bawa selaju itu, bawa bas ye, bukan kereta..
rasa seram pula nak naik bas delima, walhal semua kenderaan berpotensi untuk mendapat kemalangan. dulu aku selalu naik bas Delima dari Johor Bahru ke Melaka. bas delima ok, best.. banyak kali sangat aku naik, yelah, aku kan selalu balik dulu. selain tu aku naik bas KKKL jugak. kalau orang kata mereka selalu nampak bas Delima, aku selalu naik bas delima ye... selalu sangat. sebab bas Delima, KKKL antara bas yang pergi Melaka. bas dari Johor ke Melaka tak banyak.. tu je la kalau naik pun selalunya. sekali, terjadi perkara macam ni.. sangat la sedih..
kita doakan semua yang meninggal dalam kemalangan tu di tempatkan di dalam golongan orang2 beriman.. Amin..
2 comments:
bas tak bersalah sebenarnya. pemandu yang salah... atau kalau sebab kerosakan bas, bukan sebab nama bas tu.. tapi sebab bas tu yang rosak. kan kan kan :D naik mana-mana bas pun sama. tetap ada risiko kemalangan. termasuklah semua kenderaan. dan pejalan kaki pun... tadi bas UIA terbalik... kita doakan semoga semua yang naik kenderaan ni selamat perjalanannya, amin...
:)
betul tu dni.. semua kenderaan berpotensi untuk mendapat kemalangan.. bergantung pada kita yang membawanya.. bas tak bersalah pemandu yang bersalah.. berhati2 ketika memandu kan dni..hehehe
bas UIA terbalik? ya Allah.. semoga semuanya selamat! huuuu..
Post a Comment