Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, October 13, 2010

Apa Kau Letak Dalam Air Aku hah?

balik makan malam tadi cuaca amat panas. macam dekat gurun rasanya. panas yang amat. berpeluh-peluh. melekit2 badan rasanya. lepas tu mata rasa super duper mangantuk. konon nak relax sebab internet slow, tapi tertidur sampai pukul 2. mata dah tak boleh kawal. nak bangun sebab nak buat kerja sikit pun tak boleh. gila mengantuk. macam ada orang letak dadah dalam air.


nak kata aku makan panadol tu siang tadi. dah lama kot kalau nak effect pun.tak munasabah kalau nak salahkan panadol. panadol bukan kuat sangat pun. ape ntah yang menyebabkan aku sangat2 rasa mengantuk. sampai lampu pun tak dapat mencelikkan mata aku. gila babas mengantuk ni. padahal siang tadi aku tidur jugak.

penat semalam tak kebah lagi. tangan rasa saket lagi. bawak jag air berapa puluh kami pun aku tak ingat. aku bawak jag air banyak kali round dewan topup air kalau ada yang kurang. round je dewan sebab nak sejuk dan tengok persembahan. selain usha2 siapa tetamu yang hadir.

kaki lenguh toksah cakap la. semua orang lenguh. saket. panas gila babas pakai uniform toksah cakap la kan. memang semua orang tahu. dengan jalan tak renti2. berdiri sepanjang masa. aiyayayai...

malam ni tak dapat nak meneruskan kehidupan seperti biasa. mata telah merajai segala perkara maka tidur adalah jawapannya. aku sangat menghargai tidur sebab kalau tak cukup tidur boleh menyebabkan aku marah sebab mengantuk yang amat sangat.

3 comments:

ardinihumaira said...

bahaya ni.. kalau jadi siti kelembai bila marah orang lain akan jadi batu. cepat tdo :D

Unknown said...

amik kos apa ek?

Nour Eyza said...

dni:: tu la.. sila jgn tegur..haha

yong :: ambik kos Pengurusan Perhotelan..heeee