dalam beberapa hari lagi saya akan pulang lagi ke kampung menghirup udara jerebu segar kampung saya yang semakin moden ini. moden? hehehe.. motif pulang adalah kebuhsanan di hostel.. dekat hostel pun boleh buhsan kan.. kawan2 ramai tapi semua busy study sebab exam.. saya pulak selang 15 hari baru exam semula.. sangat banyak masa boleh digunakan untuk study malangnya saya tahu saya akan gunakan sikit je hari untuk study. bukan sebab hebat sebab sangat malas nak study.. inilah pelajar.. malas study tapi kalau mula kerja nak balik zaman study pulak.. mengada-ngada.. haha
selain itu, saya juga amat rindukan adik bulus2 saya... sayaaaaaannnnggg mereka semua. saat semua datang mengejar saya yang baru pulang dari Shah Alam.. lalu menggesel-geselkan kepala kepada kaki saya dan mengiau bertanya.. saya sangat terharu dengan semua tu.. serius..
kucing menunjukkan kasih sayangnya dengan menggeselkan badannya kepada kita. sayang, sayang haiwan amat bermakna bagi saya. nampak sangat yang dia sayangkan tuannya walaupun apa sahaja tuannya buat dekat dia.. ya Allah.. saya sangat tak sanggup bila kucing yang comel dan cantik tu dianiaya dan disakiti.. setakat tepuk2 manja punggung dia boleh la..hahaha sebab saya selalu buat..hehehe
sayang sangat sampai saya selalu cium adik bulus saya. bila dia main, dia gurau selalu saya rakam sebagai kenangan. dulu saya tak ada telefon camera sekarang setiap sudut gerak dia main saya rakam sampai saya yang tertonggeng2.heehee..
mari lihat adik2 bulus saya.. weeeeeeee~
:: si belang di celah pintu sliding door, mahu masuk rumah tapi tak dapat ::
:: si puntal sedang bersimpuh.. ::
:: coklat sedang mendongak ke atas ::
:: belang duduk kaki rapat ::
:: si coklat sedang main sendirian ::
:: yang paling aku sayang, si puntal yang innocent.. muka dia nampak macam sedang bercakap "apa? apa?" kan? korang tak rasa macam tu ke? hehehe ::
:: pandang camera yeh budak coklat ni.. heeeeee ::
:: termenung je budak coklat mememikirkan masa depan ::
:: puntal ::
:: bermain bersama.. cumel la aksi ini..heeeeeeeee ::
tu la antara aksi2 adik bulus saya. saya sangat sayang mereka. buka belai mereka jadi geram2 sebab bulu lembut dan comel2.. aksi2 pun menarik je.. kejap lagi dan 1hb nak balik rumah.. terfikir nak mandikan diorang kasi wangi2 semua..
kucing2 saya cumalah kucing kampung kacuk dengan kucing siam.. asal kampung dan siam. nakal dan pandai berburu.. makan nasik je. kalau makan bende lain tak kenyang memang nak kena makan nasik jugak... dasar perut kucing melayu kan..
apa pun dan walaubagaimanapun saya tetap berat hati nak kasi atau letak dia dekat mana2.. dah sayang kot.. manja.. tengok keletah mereka pun dah hilang stress... dengan manja yang terlebih2.. kecik2 pun manja sangat tau!
2 comments:
comelnya mereka... miauuu
heeeee.. cumel sgt... gerammmm!
Post a Comment