Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, September 28, 2010

Seperti Rasa Kehilangan Kawan

bila aku bangun tidur je pagi ni aku rasa aku seperti tiada kawan. macam kosong je suasana. tak semangat dan penuh dengan cemburu dan saket hati. kenapa ye? aku pun tak pasti.

aku selalu cemburu dan sakit hati diam2 dengan segala perkara yang tak patut. aku tak tahulah kenapa. kadang2 dengan sebaris ayat aku dah rasa benci dan saket hati. walaupun perkara tu tak patut di bencikan. apa masalah yang ada pada aku ni? sigh.

yang pasti aku tak boleh terangkan secara specefik kenapa aku boleh saket hati dan benci macam tu sekali. padahal orang tu tak salah apa2 dan tu hak dia bila dia nak cakap macam tu. aku sendiri pun tak faham dengan sikap aku. dengan apa yang berlaku dengan diri aku. yang pasti aku selalu cemburu. cemburu dengan semua benda. walaupun bukan dengan makhluk bernyawa.

aku pasti semua orang rasa cemburu dan cemburu dengan pelbagai hal. tapi orang tak luahkan. aku nak luahkan pun aku tak boleh sebab aku tak pasti kenapa aku perlu cemburu. cemburu itu sangat subjektif dan tak terfikir oleh otak. tanpa sebab yang munasabah aku akan rasa cemburu.



No comments: