kenapa perlu nama Elfy yang aku mention nih? sebab aku sangat rindu nak minum neslo Elfy. aku rindu nak makan ABC Along buat. rindu nak makan nasik ayam Eton dan Nasi Goreng Ayam Kunyit Ibu. Aku rindu nak makan dan minum sambil berbual2 dengan Elfy, Yanto dan Am.
Aku rindu nak makan roti bakar sampai minum teh panas. sedap la wehhh..hehehe. Aku rindu kawan2 yang sempoi dekat cafe anjung JOTIC. Makan sampai malas nak mengunyah. makan sampai kekenyangan.jadi tak habislah air neslo Elfy yang sedap tu.
Makan ABC ramai2 berebut kacang tanah dan buah kabung. perghhh.. bestlah! tapi kenapa semua pasal yang makanan je yang aku paling rindu? sebab bila aku makan dekat bawah sorang2 dan ditemani dengan kawan2 dibawah aku rasa sangat freedom dan tak perlu berpura-pura. Aku rasa free bila berbual2 dengan mereka dan ketawa2 bersama. bertukar-tukar gambar dan ambil gambar curi2. sangatlah seronok.walaupun sebenarnya tak lah seseronok mana. aku cuma propa je.
ini gambar curik2 masa Elfy tengah makan depan aku. beliau ni tukang pembuat air. senang je kawan dengan diorang ni. sempoi. berbual-gelak isap rokok. relax je.haha. tak adalah dengki ke, mengumpat ke, berpuak-puak ke... macam ni baru ngam!
ini pulak Yanto. ini gambar curi jugak. mereka tak tahu aku ambil gambar. macam aku tengah main telefon aje kan. Yanto ni suka sangat mengacau aku. kategori nakal2 manja gitu. tapi dia baik. bagi aku minum free. yeahhh, sekali dapat minum free terus kata dia baikkk. ape la aku ni. tapi memang kenyataan la. bukan Yanto sorang je baik, si Eton adik Yanto dan ibu pun baik2 belaka.
entah bila lagi aku nak menjejakkan kaki dekat sini lagi.bilalah lagi aku nak duduk lepak2 lagi.entahlah!
pppppssstttttt :: aku rindukan kafe sahaja. bukan tingkat 5 JOTIC je. Harap maklum.
No comments:
Post a Comment