Happy Cat Kaoani -->

Thursday, September 23, 2010

Imigresen Pengerang Boleh Buat Passport Tak??

tadi aku tengok dekat nuffnang keywords aku ada orang cari pasal imigresen Pengerang boleh buat passport tak?
siapa yang search eh?


walaupun satu je tapi still ade orang cari pasal ni kan..

memang imigresen Pengerang ada menawarkan khidmat membuat passport..
aku kan anak jati Pengerang mestilah aku tahu
lagi pun aku pun buat passport dekat Pengerang juga
masa nak pergi Singapore hari tu..
sekarang nak pergi Singapore pun kena buat passport antarabangsa
dag tak ada passport untuk ke Singapore sahaja dah

dulu passport untuk ke Singapura warna biru
passport antarabangsa warna merah..
dari aku kecik2 aku dah ada passport biru
time tu duduk nak ambik gambar passport pun senget lagi..
kena duduk atas kerusi siap letak bangku lagi..
pastu under name mak aku sebab child memang kena letak penjaga dia..
jadi aku bawah nama mak aku, kakak aku bawah nama abah aku..
means kalau mak atau ayah tak pergi tapi budaknya nak pergi tak boleh..
mesti under name penjaga ada..

dulu aku tengok passport abah aku warna merah
aku tanya mak aku kenapa warna passport abah merah sebab aku, akak, dan mak passport biru
mak kata tu passport antarabangsa
wahhhh, bangga seh sebab bapak aku ada passport antarabangsa
yela, macam hebat kan..
dah besar2 aku tanya lagi mak aku kenapa abah buat passport antarabangsa?
mak jawab :: entah, saje nak menunjuk kot.. dulu rancang nak pergi indonesia sekali tak jadi..
heh? yeke? abah aku nak ke indonesia?

sekarang cuma ada passport anatarabangsa je
yang warna merah tu..
warna biru untuk ke Singapura sahaja tak ada dah..
harga untuk buat passport adalah RM100 untuk 2 tahun..
dan seterusnya harga dia adela beberapa ratus untuk beberapa tahun..
aku tak tahu sebab aku buat RM100 je untuk 2 tahun..

seminggu selepas tu bolehlah datang ambik dekat imigresen Pengerang
kalau dekat HQ dan2 tu jugak dapat 
tapi dekat sini kan kampung jadi kena lah kumpul seminggu baru hantar JB buat
jadi makan masa seminggu
tapi tak pe sebab dekat sini korang tak perlu beratur panjang gila macam dekat JB
sini relax sangat2..bukan ada orang pun..
senang je..parking ada, dekat pulak dengan rumah..

lepas dapat passport bolehlah korang melancong ke luar negara..
kalau nak ke Singapura boleh dari Pengerang je
naik bot..
dalam setengah jam ke 45 minit sampai la Changi Airport..
eehhh, salah..
sampai la ke Changi Point Terminal..
Changi Airport tu kalau korang naik kapal terbang ler..
hahahaha..


korang boleh usha2 operating hours terminal ni 
aku tak pe aku kaw team ngan uncle yang bawak boat tu..
heheheh..


psstttt :: mahal tau duit dollar Singapore.. abah saya tukar RM200 cuma dapat $80 je..isk isk. Nasib baik masa ke sana duduk rumah makcik dan makan tidur di rumahnya sebab abang sepupu saya nak kahwin.. =)

2 comments:

Anonymous said...

Tahun 2014 ni kalau bt paspot kt pgerang bape lama siap?

Nour Eyza said...

taun ni xtahu. hahhaa. seminggu jugak kot.