Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, September 22, 2010

Atara Kuih Bulan Yang Halal



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan sijil halal kepada 12 syarikat pengeluar kuih bulan yang produknya boleh dimakan oleh masyarakat Islam.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh berkata, syarikat yang mendapat pengesahan halal tersebut ialah HYT Food Industries Sdn. Bhd., Leong Yin Pastry Sdn. Bhd., Sakura Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., TT Food Manufacturing Sdn. Bhd. serta The Baker's Cottage Sdn. Bhd.
Selain itu, katanya, syarikat LB (Lian Bee) Confectionery Sdn. Bhd., KLT Food Industries Sdn. Bhd., King's Confectionery Sdn. Bhd., Tanjung Omega Sdn. Bhd., Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn. Bhd., Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. dan Bake Station Sdn. Bhd. turut diberi sijil halal tersebut.
"Sekiranya kuih bulan tersebut ada tertera sijil halal Jakim, ia boleh dimakan dan dibeli dan umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk makan kuih bulan yang tertera sijil halal tersebut," katanya.

Sumber :: Kosmo!

pssstttt :: saya pun teringin nak makan kuih bulan tapi takut tak halal.. sekarang dah tahu bolehlah cari yang kuih bulan yang halal.. =)

2 comments:

creativeheart said...

sedap ker erg??

Nour Eyza said...

ntah,, tak pernah rasa sebab tak tahu status halal dia kan..
skrg klu nk rasa boleh carik yang halal..
dh cuba baeritahu sy eh cam ne rasa dia..haha