Happy Cat Kaoani -->

Thursday, August 5, 2010

Penghinaan terhadap Negeri Johor!


sekarang macam2 berlaku di facebook
ramai yang mengeluarkan kata2 kesat dan tak enak di dengar serta boleh menyebabkan perasaan orang lain tersinggung..
semua kerana facebook..
dulu, menghina Arwah Din Beramboi.. 
kemudian menghina UiTM..
sekarang menghina Negeri Johor pula..
tang UiTM dan Negeri Johor ni saya amat peka..
sebab semasa ada seorang kenalan yang saya kenal di facebook tiba2 mengutuk UiTM masa tu saya sedang tengok post dia.. di saat dan ketika dia post dan sedang komen mengkomen dengan  kawan2 dia..
dan kemudian dia kena banned..

sekrang saya terkejut dengan seorang wanita yang menghina Negeri Johor pula..
walau dari mana asal kita, kita tak harus menghina sesuatu tempat itu..
kerana ingatlah  bahawa manusia dijadikan daripada tanah..
dan bumi ini terdiri daripada tanah..
disitu kita pijak disitulah langit dijunjung..
walaupun seteruk manapun tempat itu sila jangan kutuk di laman sosial..

kenapa ya perkara sebagini selalu terjadi
yang peliknya sekarang je yang heboh banned2 orang sebab post kutuk mengutuk ni?
dulu dekat friendster, dekat myspace tak ada pulak dengar sampai macam ni kan? 
ke saya yang tak tahu?
*sebab zaman friendster dan myspe zaman sekolah saya.. zaman sekolah saya tak ada laman sosial* -_-"

saya tak layak memperkatakan tentang orang lain
sebab saya juga tidak sempurna 
tapi pada saya dimana2 pun negeri tak kira di Malaysia atau bukan
tak kira apa pun bangsa kita kenalah hormat
dan satu lagi..
dimana2 pun tempat kita menuntut ilmu adalah tempat terbaik..
sebab dari situ kita mendapat ilmu
jika mahu kutuk tempat orang lain pun silalah fikir jika orang pula mengutuk tempat anda menimba ilmu..
terbakar bukan rasa hati?
jadi, silalah lebih sensitif pada keadaan..



pssstttt :: page ini untuk banned kakak ni bukan sebab nak menghina dia balik tapi sebagai tempat supaya dia ingat dan jangan lakukan lagi penghinaan pada apa2 dan kepada sesiapa pun..

No comments: