Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, August 4, 2010

Geng Basikal Dalang Pecah Rumah!

aku saja memang suka baca kosmo online..
sekali aku terbaca satu berita tentang pecah masuk rumah
dan tempat tu Kota Tinggi
haish!
terus la click!
hambik la.. sila baca ye..


KOTA TINGGI – Tanda tanya penduduk sekitar Pengerang di sini mengenai dalang yang memecah masuk 10 buah rumah di situ sejak beberapa bulan lalu terjawab apabila polis menahan tujuh remaja bergelar Geng Basikal pada Ahad lalu.
Ketika serbuan pada pukul 4.20 pagi di Jeti Ah Wah, Jalan Pantai, Sungai Rengit di sini, kesemua suspek berusia di antara 14 dan 16 tahun dengan empat daripada mereka masih bersekolah berada dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai sedang merancang sesuatu.
Difahamkan, mereka mendapat gelaran tersebut kerana akan menaiki basikal jika hendak melakukan jenayah pecah rumah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, sebaik dihampiri, kesemua suspek cuba melarikan diri tetapi gagal.
“Siasatan awal mendapati mereka terlibat sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah termasuk di Kampung Sungai Rengit, Kampung Teluk Ramunia dan Kampung Sungai Kapal dekat sini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber :: Kosmo Online!

tak menaham betul bila baca berita ni. kalau budak2 tu masih bersekolah sah2 la sekolah dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk. Cikgu sekolah ade ajar korang mencuri ke? tak cukup bagus ke cikgu2 SMKTD? aku pun pun sekolah sana.. tapi jadi manusia juga.
Satu lagi tentang port korang mencuri tu.. hey! tu port kampung aku dan dan kampung aku jugak (kampung abah). Ntah2 ade yang aku kenal je budak2 yang mencuri ni.. tak senonoh betul.. buat malu je..


psssttttt :: emo sangat. walaupun tahu budak2 tu tak baca blog aku tapi aku tetap nak luahkan perasaan!

No comments: