Happy Cat Kaoani -->

Saturday, August 14, 2010

Kamu Ibarat Paku..

tertarik dengan satu entry seorang rakan blogger..

sila klick SINI untuk mengenali beliau..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.dia tidak dapat mengawal kemarahanya walaupun ianya hanya satu masalah yang kecil sahaja...
Pada satu hari.bapanya telah menghadiahkanya dengan seguni paku
"untuk apakah paku-paku ini ayah?"tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah,kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu".Jawab ayahnya

Pada pertama sahaja,pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu,setelah dia dapat mengurangkan kemarahanya,jumlah paku yang digunakan juga semakin berkurangan
Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahanya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.Akhirnya tibalah satu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah walau sekali pon.Dia pon memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh mencabut kembali paku itu satu persatu pada hari yang ia lalu tanpa kemarahan.Hari berganti hari,dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,"kau telah melakukannya dengan baik,anaku,tetapi lihatlah kesan lubang lubang ditembok batu tersebut,tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan ketika marah,ianya akan meningalkan luka dan parut,sama seperti ini.Tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu,namun lukanya masih tetap ada".

Luka dihati adalah lebih pedih dari luka fizikal.Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkanmu ketawa dan mengalakan kamu kearah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka duka,dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.






psssttt :: kita sering terkena dan pada masa yang sama kita tak sedar yang kita pun telah melkukannya..

2 comments:

udanggalah said...

Salam..Puh ingatkan bila paku-paku tu dah habis tercabut dia marah semula.Kalau begitu kenalah paku semula...lama-lama tembok pun runtuh,pasti menyesal bapa dia suruh dia paku tembok tu....

Nour Eyza said...

mana ada..
bila kita dah cabut mst kita tgk tmpt yg kita dah paku tu..
berlubang2 dan sangat x lawa kan..
mcm tu la hati kwn2..
hukhuk