Happy Cat Kaoani -->

Friday, August 20, 2010

Dalam Sedar Atau Tidak!


dalam sedar tak sedar kita semua dah 10 hari berpuasa kan..
rasa macam baru je dengar pengumuman berpuasa..
sekarang dan sepuluh ramadhan..

kalau dulu2 10 ramadhan macam ni dah sibuk mula beli kad raya dan setem nak hantar dekat kawan2 dan saudara mara..
tapi sekarang ni kad raya dah tak laku..
sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku memang dah tak sentuh2 bab kad raya..
sebab macam dah tak ada orang hantar kad raya pada aku..
aku biasanya akan hantar kad raya kepada orang yang hantar kad raya pada aku..
kalau aku nak sesaja hantar pada orang tu lepas tu dok melanguk tunggu posmen datang hantar kad raya balik adalah mustahil..
yang aku tunggu dari posmen cumalah bil2 bulanan dan juga mane tau ada menang apa2 kontest kan..
hikhikhik



sekarang pun harga setem dah naik
jadi sekarang tak boleh hantar kad raya kecik2 dengan setem seposen atau 20 sen..
semuanya kena 50 sen ke atas..
hai.. baik hantar SMS ke, email ke, hantar melalui facebook ke..
haaaa.. tak pun sekarang ada e-card.. hantar guna tu pun boleh..
sebab orang2 sekarang semua dah canggih..
handset dan internet celah jari je..kan kan?


lagi2 pulak masa aku zaman sekolah dulu raya tu time cuti sekolah panjang jadi memang tak ada jumpa kawan2 la kan..
jadi harus la hantar kat raya..
dan kemudian susun kad raya tu cantik2 dekat ruang tamu biar orang tahu kita ada dapat banyak kad raya kan?
korang buat tak macam tu?

tapi sekarang ni dah lain..
aku dah masuk u..
bila masuk u ni lagi beberapa hari nak raya barulah dapat balik..
kali ni untung jugak sebab seminggu puasa seminggu raya..
kalau tidak adalah 3 ari lagi nak raya baru la terhegeh2 usung beg balik rumah..
jadi setakat 10 hari tak jumpa kawan2 apadahal kan?
boleh je nak wish guna SMS, emel, facebook, twitter, blog dan lain2 medium lain..
kang balik u semula..
cehhh, tak feel.. 
time tu masih boleh angkut kuih raya bertelap2, boleh bawak lauk pauk raya *suruh mak masak lagi siap2*, boleh lagi angkut segala ketupat, lontong, dan lepat segala bawak balik u kan?
korang toksah kelentong la..sebab aku pun buat macam tu..
tapi aku selalu rembat kuih kawan aku.. kuih aku punya dah tak lalu nak makan..
hahahaha..

dan bila raya je kenangan2 raya mula menjelma..
sebab raya antara hari paling best sebab dapat banyak duit dan makan sedap2 kan?
ermm..
aku jugak tak ketinggalan dengan semua tu..
tapi sekarang dan besau2 ni raya dah tak syok la..



psstttt :: nanti aku tulis entry tentang kenangan2 raya aku.. mane tahu sama dengan korang punya style! 

No comments: