Happy Cat Kaoani -->

Monday, August 16, 2010

Bila Umur Tak Melambangkan Perlakuan!

saya dengan ini pada malam ini
ingin membebel kerana berasa tidak berpuas hati dan rasa semakin tak senonoh jika dibiarkan!
saya kesal dengan segelintir penduduk di dalam hostel aras saya *tak boleh nyatakan aras*
amat tidak bertanggungjawab serta amat pengotor..

kenapa saya berkata demikian?
sebab :
  1. buang sisa makanan yang amat busuk dan kotor di dalam sink. * cuci bekas dan biar air yang tak turun tu, bila air dah turun sisa tu melekat dekat sinki*
  2. suka tinggalkan apa2 baju, seluar termasuk luar dan dalam di tandas. *sidai pas tu lupa.. masalahnya lupa berhari2*
  3. meninggalkan segala pantiliner dan pad anda yang 'lencun'. *paham tak lencun tu apa?*
  4. meninggalkan sisa2 bahan buangan di sekitar mangkuk tandas juga tandas berbau sangat hancing. *ada serpihan najis2 dan juga kehancingan yang menusuk, no wonder la ada sesetengah orang masuk sekejap sangat dah keluar.. entah2 tak jirus pun tepi2 mangkuk tandas.. even dah plash tapi tepi2 tu sangat berbau yep!*
  5. menyidai baju berhari2. *lebih dari 3 hari.. baju ape kau jemur? baju angkasawan ke sampai tak kering2? orang lain pun nak jemur jugak la!*

saya rasa perkara ni dah terlalu selalu sangat di bebelkan dari saat saya diploma lagi. saya diploma di UiTM juga, cawangan Melaka dan semestinya duduk hostel. Dan di blok dan level saya amat mementingkan kebersihan dan kemesraan.. bab mesra tu saya sangat tak kisah tapi bab kebersihan tu memang bagus.

Tiap2 malam memang ketua level dan kebersihan akan membebel tentang perkara di atas tadi. Saya yakin semua penduduk level saya ini lepasan diploma tak kiralah dari STPM, Politeknik, Kolej atau UiTM tetapi semua sudah besar dan tahu menjaga kebersihan, jadi silalah bertindak seperti anda semua berumur sekurang-kurangnya 20tahun! huh!



pssssttt :: tiap kali masuk je tandas kena persihkan keliling dulu, masuk shower pula ada khazanah berharga.. haish.. malas nak cakap bila tak reti2 bahasa nih.. mungkin anda lupa barang tu tapi sampai esok lusa lupa.. ape cerrrr??

No comments: