Happy Cat Kaoani -->

Friday, November 30, 2012

Bye November, Hello December






Assalamualaikum







esok telah masuk bulan baru. bulan terakhir dalam tahun ini, iaitu bulan December. ye. dah sampai penghujung tahun rupanya. dah nak habis tahun ni rupanya. ohhh..ohhh..



rasa macam tak percaya kan? rasa macam baru sangat naik tahun baru. rasa macam baru je habis sem lepas dan masuk puncak alam ni. rasa macam baruuu sangat2 semua ni berlaku. rasa macam baru semalam masuk sem ni tapi tup2 sekarang dah nak habis pulak. T____T



rasa macam tak rasa sangat pun tahun ni. tetiba dah naik tahun depan 2013. 



masuk bulan ni maka, masuklah umur aku setahun lagi. dan bila habis tahun ni maka bertambah lagi la umur aku secara general. tahun ni belum 23 tapi selang beberapa hari je dan naik tahun 2013 maka umur aku 24. owhhh.. no!!!



cewahh.. cara cakap macam iklan kosmetik anti penuaan je kau kan? perasan muda? sila pergi terjun bangunan tingkat 17. sila la.. mengada sangat kan.huahahaa.. *lempang sedas*








bye November..




Hello December...
please be nice with me..





Hujan dan banjir






Assalamualaikum..



hahuahuahahha.. semalam balik dari kelas dan test tu aku hantar kawan aku balik. rumah dia dekat Meru je. tak jauh mana pun. pastu kami sekereta ni pun hantar dia sekali nak makan tengahari. pukul 5.30 petang balik kelas baru makan tengahari. sadis tak? huahahaha..


masa on the way ke Meru jalan banjir! banjir pekat! macam teh susu terlebih susu.. huaaaa.. dalam jugak la banjirnya. memula kami semua dah risau2 dah takut tak lepas. yelah, kami ni kereta kancil comel menawan ni aja. hehehehe.. tapi melihat pada kereta kancil orang lain boleh lepas aku pun yakin la lepas. tapi seram jugak la. kalau hujan lama lagi mesti naik lagi tinggi air.. bahaya sungguh!!

















nampak tak air kat atas tu dah memenuhi parit2 dan longkang2 yang sangat besar. longkang je besar tapi penuh rumput memang la ir tak dapat mengalir dengan elok. kalau dibersihkan segala rumput rumpai tu mesti elok je air mengalir. majlis perbandaran sila take note! hahahaa.. kemain kau. macam datuk bandar! hahaha..



tapi serius weh bahaya kalau untuk motor segala ni. kalau kereta elok tak apa sangat. kalau tak elok maunya masuk air. cissss.. kesian ok..dah la tu bahaya tok motor dan pelbagai kenderaan. bukan satu tempat je naik air ni. ade banyak2 tempat jugak.



itu sahaja laporan terkini saya hari ini. sekian..



hahahaha..babai..