Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, October 15, 2013

Salam aidiladha







Assalamulalaikum..



salam aidiladha semua. hihihi.. tahun ni aku tak buat korban sebab dulu masa aku sekolah mak aku dah buat korban dah. so dah pernah buat. tahun ni tak tahu jugak orang kampung berapa ramai yang korban. tak tahu sebab tak ambil tahu. tapi dengar khabarnya ramai yang korban sebab ramai  nk korban tyang berduit sekarang kan. memang la lepaskan niat nak korban lembu untuk ahli keluarga la kan. 


hari ni mak aku masak kari ayam dengan sambal goreng jawa. which is sangat sedap sambal goreng jawa tu. aku akan jamin korang suka. hahaa.. sesuka je nak jamin2 orang suka. aku memang suka gila la. 


perasaan sungguh tapi belum siap pun sambal goreng jawanya sebab mak aku baru masak hari ni. sambal goreng jawa ni renyah sikit. masak kena bayak sikit sebab kalau sikit macam tak puas nak makan. buat lebih sikit untuk akak bawak balik sana semula.


tadi pagi lagi best sebab masa mak nak gosok baju raya abah nak pergi sembahyang tetiba seterika tu buat satu rumah shot! kenapa entah. semalam aku serumah tak guna pun seterika. sekali hari ni nak guna dah rosak. kenapa entah. hadoi. jadi petang ni kena la pergi kedai beli seterika baru sebab esok pagi akak nak balik jb nak gosok baju untuk balik sekolah. kalau ye pun memang kena beli.


dulu aku ada seterika. pastu cuti 4 bulan aku praktikal. tinggal la barang2 besar dekat rumah sewa Shah Alam. balik semula empat bulan kemudian dah tak ada seterika tu. aku siap simpan dalam kotak lagi. lepas tu lesap. aku tak nak cakap sesape ambik sebab aku tak nampak. jadi aku halalkan sesape yang ambik. dulu mangkuk aluminium aku pun hilang. pernah baju aku pun hilang selai. entah. semua aku tak tahu. tak dapat nak teka sape ambik. cuma aku doakan orang tu bertaubat. Allah maha pengampun.


hahaha.. aku malas nak ambik gambar masa makan tadi. ngap je terus. malas sungguh. biasalah iols kan. ngap je tanpa rasa bersalah. hahhahaa..


ok la uols iols nak buat kerja2 rutin iols. hahha..



salam aidiladha buat semua pembaca..



babai!



Friday, October 11, 2013

Cerita Malam Minggu






Assalamualaikumm...



puas pikir, nak cerita apa malam ni buat halwa mata korang semua yang masih segan silu nak ke blog hina aku ni. cewahh.. padahal dalam hati apa cerita best nak story mory ni? hahahaha.. dengan ini aku nak cerita pasal adik2 aku yang tidak dilahirkan oleh mak aku iaitu kucing. hihihi


aku ada 5 ekor kucing sekarang. banyak jugak la. semuanya anak beranak. sebab mula dari turun temurun. memula dari kucing datang yang mintak makanan tapi kami bagi makan bela sampai beranak pinak, bercucu cicit dan terus ke beberapa generasi. hahaa



yanti



anjang


kenit


abang kawasan - kecik


bubu



aku sayang sungguh dengan depa ni. nak nak si bubu ni, keletah dia bukan main lagi nakal. cakar sana sini. buat itu ini. eiiii.. pastu pantang jumpa dengan  roti. mata bersinar. hahahaa..


dulu mak nenek dia semua suka makan roti. pantang roti tu dekat dia gigit dah. walaupun kita tengah bawak roti tu dari motor or kereta ke dalam rumah. hahaha.. tu yang kena berjaga2 masa bawak roti jangan sampai dia gigit or capai. bahaya ok!


muka bubu ni macam mengundang comel yang amat. muah!



ok la nak bagi makan budak2 kecik ni. babai!