Happy Cat Kaoani -->

Friday, March 8, 2013

Hari Wanita Sedunia 2013!





Assalamualaikum semua..


selamat pagi dan selamat hari Jumaat! hari rupanya Hari Wanita Sedunia la! whoaa.. sungguh aku tak sangka!





selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di seluruh Malaysia dan dunia ni. terutamanya kepada mak, kakak, makcik2 saudara2 mara wanita yang mengenali diriku ini. cewahhh! macam buat ucapan nak raya kan.hehehe.. tapi memang la walau hari wanita pun tetap jugak wanita akan kena buat kerja rumah macam biasa. kena kerja macam biasa dan kena buat semua benda macam biasa. kan


sebab tu semua tanggungjawab kepada keluarga, amanah Allah yang telah diberikan dan dipikul hingga ke akhir hayat. tak semudah tu nak biarkan tak berjalan kan? ewahh.. nampaknya topik perbincangan kita semakin hangat! hahahaa.. bang ang sungguh


hari ni memang aku tak ada kelas. hari jumaat. aku relax je dekat rumah tapi harus la buat kerja yang banyak tu. minggu kedua kelas dah ada presentation. segala esemen bertulis atau lisan semua dah ada. dah mula ada latihan daln internet dan macam2 lagi. almaklum la, final sem kan. harus la pacu gear 5 terus dan terus pecut. Ingat ada 4 bulan je lagi sebelum nak habis belajar dan 4bulan je digunakan untuk memperbaiki CGPA untuk melangkah terus ke arah alam pekerjaan. sesungguhnya aku takut nak melangkah ke alam pekerja. tak ada jaminan langsung. kalau student kita masih di bawah naungan sesebuah institusi. 


dengan nak cari kerja payah sekarang kadang2 aku rasa aku kena cari kerja sekarang jugak. nak dapatkan sebelum semuanya berlaku lagi payah.


perghh.. gua membebel pulak kan. hahaha.. dh tengahari ni woi. tayah nak membebel sangat la iza. makan lagi baik. hahahhaa.. nak makan macam mana pun tak tahu. sebab tak masak lagi. huahahaha...


ok la. selamat hari wanita sedunia dan salam jumaat! =D






babai! =D







Wednesday, March 6, 2013

New semester!







Assalamualaikumm...



lama sangat dah aku tak menulis dekat blog ni. dekat dua bulan kot. sebab cuti sem lepas tu naik2 sini je dengan bizi sangat dah tak sempat nak update.


berdirinya saya disini adalah ingin menyatakan bahawa. apa ke masalah budak ni cakap macam nak debat? hahahahhaa... 


sebenarnya nak bagitahu yang aku dah naik sem ni dah 3 hari. dan semester ni sem 7! yeahhhhh... tuanya gua! cacat transkrip aku disebabkan masuk sem 2 keluar sem 7 ni. hauahahhaa.. sedih tapi nak buat macam mana dah redho awal2 lagi dah. 


keadaan macam biasa je la dekat Puncak Alam ni. panas. pagi2 sesak. tapi yang bestnya kelas aku sem ni semua mula pukul 10.30 dan habis pukul 12.30. pastu petang tak ada kelas. ade satu hari je hari selasa aku ade kelas petang. lain2 semua petang boleh lepak2 tido. hahahaa.. best kan?


jadi sekarang ni pun aku nak tidur dulu. bagi rest diri sebelum aktiviti petang ni. wehoooo







nah ni tok halwa mata korang. seketul makhluk comel berpipi gebu berlubang hidung dua, hehehehe



babai!