Happy Cat Kaoani -->

Sunday, September 9, 2012

Setelah lama menyepi..



Assalamualaikum..


alhamdulillah akhirnya selamat sampai di puncak alam terchenta! alhamdulillah jugak sebab kita dapat bertemu kembali di dunia blog ni. lama sangat dah aku menyepi. lama sangat dah aku berdiam diri. sebab tak ada internet yang laju. broadband pun aku tak bawak balik. kesiannnn...


so, semalam sampai puncak alam dan kemas2 rumah. woaaa.. penatnyaaaa.. penatnya sapu dan mop rumah padahal sapu dengan mop je pun. hehehehee.. sebab angkat beg berat dari bawah naik ke atas tu yang menggigil kaki tangan sampai2 atas je kena kemas rumah sebab nak tidur so nak tak nak kena kemas jugak..


takkan nak tidur atas habuk2 pulak kan?? hehhe.. jadi nak ke tanak kena la kemas2 jugak walaupun dalam hati sangat malas dan penattttt.. huaaa.. 


janji dah sapu dan mop janji bersih sudah la. aku tak larat nak mengemas lebih2 so aku dengan senang hatinya tidur malam tadi. siang tadi baru la aku berkemas bagai nak rak, semua aku keluarkan, lipat, sapu kemas balik beg nak bawak balik minggu2 depan dan selepas tu. 


aku memang rasa nak balik minggu depan hari kamis ke jumaat ke. sebab nak bawak balik buku sem lepas aku ke kampung. menyemak je buku2 dekat rumah ni. dah la rumah ni tak berapa besar. hehehe.. 


apa cerita korang raya kali ni? banyak dapat duit raya? makan kuih dan buat kuih? aku ni beraya tak seberapa pun tahun ni. biasalah aku malas sikit nak berjalan2 ni sejak dah besar2 ni. banyak komitmen lain pulak. hukhukhuk


sampaikan gambar raya satu keluarga pun aku tak ada. sibuk sangat nak beraya rumah pakcik tergesa-gesa sampaikan tak sempat nak ambil gambar bersama pakai baju raya. ceitttt! apekahhh.. geram pulak aku rasa. hahaha.. so, tak ada kenangan raya with baju raya tahun ini... huaaaaa!


korang mesti meriah kan? aku rasa macam bosan je hidup dengan tak bacablog2 orang. rasa macam tak ada kehidupan lain selain diri aku sahaja. kalau aku baca blog orang barulah aku bersemangat nak berblog dan menulis dengan membaca kisah2 menarik orang lain.. weeeee~


so? lets read another blog! :)


happy reading! 



Monday, August 13, 2012

Bersawang tak blog ni?

 



Assalamualaikum....



lama betul rasanya aku tak menulis di blog aku ni. dah berhabuk agaknya. biasalah kalau balik rumah memang tak ada internet, lepas tu aku pulak lupa bawak balik broadband jadi memang satu kebosanan yang amat aku dirumah. nasib baik jugak aku boleh jugak surf dengan benda seketul tu. hehehee...

 
duduk rumah aku buat apa je. duduk je la tak buat apa pun. biasalah kemas2 rumah. bawak mak pergi kedai. jalan2 dengan kakak beli persiapan raya. tak adanya duduk melepak dengan kawan2 pun.. aku kan duduk rumah je. mana ade nak jalan2 dengan kawan2 sangat ni.. hukhuk


cuma semalam kawan2 aku buat plan nak makan berbuka sensama. dapatlah kami bersama makan berbuka di Lotus Desaru Resort. dah besar-besar ni kalau nak cari tempat gathering mestilah yang elok2 sikit tempatnya kan.. dah ramai yang habis degree. dah ramai yang dah habis belajar dah kerja pun. aku je masih terhegeh-hegeh nak habiskan masa setahun lagi untuk belajar. tua dah woi keluar nanti! =(


aku suka je kalau ade reunion makan2 macamni. biasanya aku tak pernah miss sebab yang arrange benda ni Hazani kawan aku sama UiTM jugak so, bila dia cuti aku pun cuti, tu yang aku tak pernah miss pergi reunion  tu benda dah senang kan. kalau tak ada kenderaan kawan2 boleh tumpangkan. apa lagi berdesup je la pergi.. hehehehe.. =D


nak gambar ke? malasnya aku nak upload sebab payah benor nak upload dengan internet yang slow dekat sini. huuuuu.. rasanya macam nak cepat2 balik puncak alam. bukan apa, nak internet selaju angin yang berdesir memukul2 papan kekunci laptop menggarap warna2 pelangi kehidupan.. =D cewaaahh!! bukan main lagi kan.. hehehee


ok2 malas dah nak bebel2 lagi. lagi empat hari lagi dah nak raya jadi sebaiknya kita mula la berkemas, mebuat kuih dan sebagainyaaaa.. =D



babai! =)