Happy Cat Kaoani -->

Thursday, June 7, 2012

Minggu yang padat, sendat lagi tumpat!





Assalamualaikum..


aku tak dapat nak update blog sekarang. sangat2 bizi dengan report, present dan test yang banyak tu semua. semua nak test 4 chapter. tadi baru siap satu esemen present. lepas bala satu. 


tapi minggu depan banyak present lagi. banyak esemen lagi nak kena buat. ahhhhh.. masuk dalam gua ah macam ni kalau tak nak buat esemen. nati aku rindu pulak nak buat esemen ni. nak2 bila dah kerja. ada masa nak belajar je, bila belajar tak ada duit, makan megi dua minggu mula la berangan bila nak habis study sebab nak kerja baguih2 boleh makan sedap. hahaha.. apekah pemikiran yang sangat dangkal. hahahaha..


serius balik tadi aku rasa nak pengsan sebab penat sangat. tido pun tak cukup ni. macam tak best je kan bila tidur tak cukup ni. mula la rasa moody je macam baru PMS. hakhakhak.. orang yang PMS pun tak macam ni. hahaha..


esemen tak buat lagi, aku pun tak nampak apa aku kena buat sebenarnya. malahnya aku belum baca sebenarnya.. otak berpusing2. ligat nak pikir ayat nak tafsir ayat dan nak buat ayat tu menari dalam otak aku selari dengan apa yang aku patut buat..


arhhhh.. ayat pun dah tunggang terbalik apa kejadahnya macam tu aku nak nak cakap ke tulis. selalu macam tu. bila nak cakap tetiba stop sebab macam eh?? apa aku cakap ni? tak relate langsung. kadang bila aku cakap aku sendiri rasa, apa kau cakap ni jemahhhhhhh??????????? hahahhaha.. bongok kan.. pastu stop cakap. kawan2 aku semua tengok tunggu aku cakap. hahahaa


ok la. lagi banyak aku tulis lagi banyak aku merepek2 bagai. baik aku stop dan mulakan buat esemen. serta study untuk test esok. hikhik..



jap2, nak bagi lagi ni!













bai!





Tuesday, June 5, 2012

Pagi yang panas





Assalamualaikum..


apa khabar semua? lamanya saya tak buat entry dekat sini. menulis dan menaip disini. yelah, hari khamis aku balik rumah dah tu mana ada internet dekat rumah. jadi dekat rumah menatap tv je la kerjanya. internet memang out. ade broadband pun slow dapat tangkap. almaklum la kampung kan.. isk isk..


hari ni sangat2 panas. tak dapat tidur lama. padahal semalam tidur lambat. mengantuk jugak ni tapi tak boleh buat apa. kena bangun jugak. badan super melekit dah. bangun2 aku terus mandi. bajet dah pukul 8 sekali aku tengok jam baru pukul 7.40. haihh.. awalnya aku bangun. sebab panas la ni. 


bangun2 terus basuh baju bagai. baju malam tadi pun dah basah dek peluh aku. aku basuh sekali. ishhhh.. kenapalah puncak alam ni panas? nak hujan ke? hujanlah ya Allah.. tak sanggup nak merasa panas ni..


apa yang aku merepek pagi2 ni pun aku tak tahulah. dah aku nak membebel dekat blog ni pepagi. nak buat bagaimanalah kan? hikhik


k la. nak buat esemen. bai!



=)