Happy Cat Kaoani -->

Monday, July 20, 2020

Hoarding Disorder





Assalamualaikum




lama tak menulis
sebab sekarang suka menonton je
al maklum sekarang kan banyak video dan tiktok
jadi mostly lebih nampak dalam bentuk video
benda yang kena membaca ni orang dah tak suka baca
ke aku je macam tu?

jujur la kan orang sekarang kurang menulis dan membaca
semua tengok video je semua senang
ada tiktok
dalam fb dah ada live
dalam ig dah ada IG tv
dalam tiktok pun semua video kan
apa lagi semua yang viral semua berkenaan video
aku tak terlepas melihat itu semua

nak cerita pasal buku lama yang tersimpan masa sekolah dan study dulu

masa aku sekolah aku dapat buku rujukan free
sebab aku dapat masuk kelas tajaan Al- Bukhari
aku bukan budak pandai tapi bukan la bodoh sangat
aku masuk kelas pertama tapi biasalah aku ni biasa-biasa je
bila bawah tajaan Al-Bukhari ni dapat buku rujukan free
kelas ni under kelas sains tulen je
ada dua kelas sains tulen sekolah aku
kalau dapat tajaan confirm dapat buku
dapat buku rujukan sains tulen macam biologi, kimia, fizik and add math

buku tu dapat masa form 4
sampai form 5 dapat pakai buku tu
kakak aku pun dapat buku juga
ada banyak juga buku rujukan yang aku beli sendiri
selain pakai buku rujukan kakak aku dulu
masa tu slilibus belum banyak berubah
dulu silibus lambat baru berubah lain jadi senang boleh kongsi buku

bila buku tu gabung jadi banyak sangat
buku tulis dan buku rujukan
mak simpan semua buku tu telak dalam almari buku
sampai masa nak pindah rumah mak buang dengan karung guni sebab silibus dah tak boleh guna
tak boleh simpan lagi
aku ok je sebab masa tu memang dah tak guna

lepas tu masuk universiti
aku dapat diploma
masa diploma buku rujukan banyak juga
semua tebal2
diploma aku 2 setangah tahun  sebab hujung diploma aku praktikal
lepas tu buku rujukan, nota semua aku simpan

sampai tahun 2014 aku pindah rumah
dua kali dalam hidup pindah rumah
sebelum ni pindah rumah dari depan ke belakang ke
sebab mak buat rumah atas tanah yang sama  just belakang sikit je
tapi ni pindah rumah agak jauh dalam 15-20 minit dari rumah dulu
jadinya kena la simpan dalam tempat elok2 dan kemas semuanya

buku sekolah aku jual dengan karung guni
masa karung guni tu ambik ambik buku lama, surat khabar lama, buku dan majalah lama
banyakkkkk gila
dulu kan zaman majalah, komik, novel
jadi memang beli majalah banyak tiap bulan
kakak aku dulu langgan majalah pelajaran macam Fokus SPM, Dewan Siswa dan Didik
selama akak sekolah menengah akak beli banyak buku rujukan dan majalah pelajaran macam tu
sampai masa nak pindah banyak benda nak kena sort out untuk pindah

barang2 lain semua mak aku simpan
barang masa aku baby, masa kakak aku baby
buku pink masa mak aku mengandungkan aku dengan kakak
sampaikan beg nenek aku pergi umrah tahun 1970 pun mak aku simpan lagi
sangat nostalgia benda2 tu

barang dapur pun banyak
almaklum, rumah kayu yang atas tanah tu mak aku duduk dari zaman mak aku kecik lagi tahun 1960 macam tu dah duduk situ
lepas tu pindah rumah bawak je semua benda sebab tak sampai 10 langkah dah sampai rumah baru
tak sorting apa pun

sekarang pindah rumah baru baru sorting semua benda
dari sekecik2 benda sampai sebesar benda
kau tahu la benda remeh temeh benyak sangat dalam hidup kita ni
hal resit beli barang je dah berlambak tak guna
surat2 lama banyak
segala benda

sekarang dah 6 tahun duduk rumah ni
makin banyak barang kami beli dalam 6 tahun ni
beli barang dapur, beli mesin-mesin dapur
beli barang melancong
beli barang perhiasan

sekarang rasa banyak sangat barang dalam rumah ni
rasa nak membuang je pulak
tak tahan dah sangat nak simpan2 lagi
kalau beli tu boleh tapi yang lama kena tengok balik

korang kemas rumah macam mana?
baju lama yang masih elok derma ke?
dekat mana?

ni segala benda lain macam barang dapur macam mana?
buang? jual?
barang dapur macam bekas plastik, atau apa je yang dah tak guna
macam mana korang uruskan?

aku jadi nak tahu juga macam mana korang boleh kemas rumah yang kemas betul
barang lama nak let go ke mana?
jual dah cuba jual tapi tak terjual banyak

aku bukan ada hording disorder
tapi bila kita duduk dengan orang tua ni, orang tua yang tak bagi kita buang itu ini
sebab dulu tu semua mak punya
kalau aku kemas tu senyap2 je baru senang

kemas2 keluar 2 kantung plastik hitam
senyap je kemas dan buang semua benda bila tak guna
tak guna dan tak sesuai la nak guna lagi

berapa lama limit korang simpan baju yang belum guna untuk di singkirkan?
berapa lama limit barang tak guna yang korang singkirkan?

let me know ye..









No comments: