Happy Cat Kaoani -->

Saturday, July 5, 2014

Ramadhan Datang Lagi




Assalamualaikumm...






salam ramadhan semua. pejam celik dah sampai 7 Ramadhan dah. sekejap je rasa tapi rupanya dah seminggu kita melaluinya. lagi 3 minggu kita nak menghadapi ramadhan. sungguh rasa terlalu cepat semua ni. terlalu cepat ramadhan meninggalkan kita. 


sedih. kalau ramadhan meninggalkan kita sebenarnya. hati kudus yang penuh dosa ni rasa tak nak meninggalkan ramadhan tapi apakan daya, masa terus berputar. kita akan bertambah umurnya setiap hari. isk isk..


rasanya lama sangat aku tak update blog ni. blog picisan mana ada orang nak ingat. positif la kan. menulis untuk diri sendiri bukan menulis untuk orang lain. jadi ikut suka hati la nak menulis bila2 pun. kemain. sedapkan hati sendiri ke emosi menyelubungi bila tak ada internet di rumah baru? haha -.-'


nampak? hambar. kuikui.


alahai. relax la. jiwa ni boleh dirawat. boleh di didik. jangan salah didikan pulak. haha. 


puasa sekarang ni tak kenal reti puasa kalau aku. tetap jugak kena buat banyak kerja. kena mengemas dan kena mengangkut benda2 yang berat dan memenatkan. saket segala kaki, lengan, dan badan. mengemas rumah ni bukan boleh main2. cehh.. konon la. tapi apakan daya, semua kita kena buat jugak.


puasa kali ni tak terlalu panas. masih ada hujan2 sampaikan risau waktu hujan ni. kenapa risau waktu hujan? nantilah aku ceritakan. kalau rajin la. haha. jadi tak adalah rasa panas dan kering sangat. masih ada rasa sejuk2 dan nyaman.







selamat berpuasa dan menjaga perlakuan kita semua. amin ya rabbal alamin.



1 comment:

Azrin Rahim said...

salam ramadhan..semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna.. inshaAllah