Happy Cat Kaoani -->

Saturday, June 21, 2014

Pertama Hati Baru





Assalamualaikum....



yeahhh.. hari ni nak cerita pasal jelly bunny crazy fur ball yag baru dilahirkan dekat dalam rumah ni. ehhh.. tak. sebenarnya luar rumah. tapi kita anggap la dia budak rumah ni jadi haruslah kita sebagai kakak gembira  sangat adik kira berjaya lahirkan dua ekor anak kucing yang sangat cantik. putih gebu kemerahan. awww...


sebenarnya ada 3 ekor tapi sekor dah mati. jadi tinggalkah 2 ekor sahaja. tapi tak pe. kakak tetap sayang. muah2. hahah. 


okeh. nak cerita. mak budak2 yang baru lahir ni sangat la peramah kucingnya. suka sangat bertanya (mengiaw) alalalaa.. manja tapi macam manja2 merpati la. bila dekat kita pegang2 dia macam elak2. tapi bulu dia lembut dan sangat manja. manja yang suam2. kadang suka. kadang dia macam elak2 kita nak pegang2 bulu cantik dia tu. alalala.. dia tahu la tu dia cantik. hahah.




nah. ni dia. mata besar warna biru. putih ekor hitam. kucing kampung kacuk siam. tapi sangat baik dan peramah. hihi


nampak macam kecik kan? tapi taka dalah kecik sangat tapi dia punya perangai memang macam bebudak sikit. manja. peramah. suka ambik tahu. tapi sangat sopan. hahaha..




my baby balls. sangat comel dan masih pejam lagi matanya. geram. bila la mata korang nak bukak eh? kakak nak main2 dengan korang ni. cepatlah besar sayang. boleh main kejar2 pastu main geget2 tangan kakak kan? calar balar pun tak apalah janji akak gembira dan bahagia. kakak dah selalu kena geget dengan kucing2 lain. berdarah2. hahaa.





gadis bermata biru dan mulat ni telah bertukar title kepada puan emak kucing yang comel dan manja! hahahaha.. tapi kotak dia kecik sebab abah dia sediakan kotak kecik. patutnya bagilah kotak yang besar sikit, ni cik puan mak nak baring pun kena mengerekot tapi sebabkan dia suka tempat tu jadi biarkan dulu. nanti kalau anak dia dah besar sedikit kita bagi dia kotak besar sedikit eh.


eh lupa nak bagitahu. anak kucing ni lahi pada;

Tarikh: 15 Jun 2014.
Waktu: Petang.


awww.. boleh tulis kat surat beranak la kiranya ni. kita lahir petang.hihi. lupa sebenarnya sebab kakak tak ada masa budak2 ni lahir. kakak pergi rumah baru. kakak balik tengok kotak kakak kat beranda depan dah koyak2. pastu kakak syak monyet datang main. tapi rupanya adik kakak nak bersalin. kakak lupa nak sedikan kotak. kakak ingatkan due awak lambat lagi sayang. sori ye.


tapi tak pelah. kakak balik tengok awak dah selamat melahirkan 3 ekor kitten yang sangat comel. tapi sayangnya sekor dah mati. jadi tinggal dua je. abah bagi kamu kotak kecik muat2 je. dah la padan kamu panjang. haha. apalah abah ni. ada lagi kotak besar bagi kotak air je. ish2. ahha.


bila kakak nak pegang main2 anak2 awak menjerit2 lepas tu awak datang. nak geget kepala nak bawak masuk dalam kotak. haha. salah la cara awk gigit anak tu adik. gigit kat tengkuk. bukan kepala. luka anak awak nanti. haha.. tak pe. budak2 lagi kan. nanti pandailah dia jaga. anak2 dia pun nampaknya sihat. nampak gemuk je. hihi.


ok. la, kakak nak kena pergi hantar mak kenduri yasin dekat perumahan baru. nanti malam kakak jenguk kamu lagi ye. babai sayang2 semua. 




No comments: