Happy Cat Kaoani -->

Thursday, April 17, 2014

Mood Mengimbau Kenangan Lama Nampaknya





Assalamualaikummm...




sebenarnya aku nak taip entry ni semalam. tapi disebabkan laptop banyak sangat hang2 jadi terpaksa shut down tanpa rela dan benda ni tak tersave. yang tersave hanya tajuk entry sahaja. maka dengan rajinnya aku terpaksa karang semula ayat2 manis baik punya aku semalam. hahaha. padahal letih tau!! =.='


okeh. mood semalam sebenarnya tak sama dengan harini tapi aku buat2 je la mood aku ada sekarang. kesian tajuk semalan terbiar tak berisi. kahkah. 


start semalam la aku tetiba teringat masa aku masak dekat kitchen fakulti. lepas tu konon2 nak post2 gambar dengan status dekat fb tapi tak jadi. keyakinan aku mengurang sekarang. hahaha. atas sebab2 malas menonjolkan diri. tapi kalau bab cakap depan aku tak pemalu. ok je. bab marah dekat ofis orang aku memang boleh buat dengan jayanya. haha!


semalam aku dah mula dengan diploma. tapi masalahnya dan terdelete maka terpaksa la tulis balik dari masa diploma. semalam cerita detail sikit. hari ni bapak malas segala nak tulis detail. ringkas2 sudah la kn. hahaha


aku diploma in Tourism Management kat UiTM Alor Gajah, Melaka. 2007-2010. jangan tanya best tak. semestinya best gila. diploma dengan umur muda dan banyak benda kau kena berdikari sendiri buat aku rasa sungguh terbelajar dari keadaan sekeliling. cewah. aku bet korang punya tempat study pun best kan? hahaha..




gambar ni masa induction kolej. kena pakai baju terbalik luar dalam depan belakang. kain batik. entah apa2 je la. lantak la, janji buat. tapi seriusly aku tak ingat sangat apa yang kami buat malam tu. haha. nyanyuk dah ni. haha


ni akak bilik aku. kak dalee yang baik orangnya. tak kesah berkongsi dan cantik. haha. tengok tarikh pun boleh agak. aku masuk diploma masa tahun 2007.





gambar masa sem 1 diploma. nampak tak muka sangat nerd dan sangat suci. dah la muka comel2 je. cuba bandingkan sekarang. mau lebar sebesar pinggan. masa ni nampak sangat semua pakai tudung putih, cream, dengan hitam je kan? zaman2 muda sangat. haha.





first dinner sem 1. dekat Everly Melaka. ada lagi ke hotel tu? entah. nampak tu. September 2007. haaa.. siap tarikh dan waktu. haha. jumpa tak aku? aku pakai tudung pink pekat dan pakai spek tuh. haha. macam tinggai dan cute je muka zaman dulu. haha.





ini dinner masa sem 2. tahun 2008 rasanya. masa ni dekat hotel apa ntah. lupa dah weh. masa ni dah up sikit. dah pandai bergaya. beli baju sama2 dengan kawan aku dekat Tesco. corak sama warna je lain. aku warna hijau kawan baik aku warna pink. dia kan peminat tegar pink. haha. lepas tu pakai sama2 untuk dinner. haha.


wajah pun dah up sikit. pastu dah pandai make up. dah pandai bersolek. tapi masa tu orang make up kan. aku nak make up? barang make up pun tak ada. lip ice dengan bedak johnson adelah. haha.





masa ni kelas hari jumaat. dan lecturer tu wajibkan semua orang kena pakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung perempuan. haaaa.. nampak macam sambuatan hari raya kan? yang lelaki siap cekak musang bagai.


tapi cantik dan bagus lecturer suruh macam ni. kenangan ni. haha







pentas ni legend. aku rasa budak2 sekarang tak tahu pun pasal pentas ni. sebab pentas ni aku start praktikal je dah dibuang dan digantikan dengan coolblog. tapi best la coolblog dalam campus. kalau aku memang hari2 beli on the way balik kolej. haha.


masa ni buat latihan math yang susah amat bagi aku. dah la susah. dapat pulak lecturer saiko macam tu. lagi la saket jiwa. haha. jahatnya aku kata lecturer saiko. padahal dia strict je bukan saiko. demi kami lulus dengan cemerlang. tapi yela, kami kan student berjaya, berjaya meniru sesama sendiri. kahkah. maka terjadilah study group terbesar debuat atas stage bangunan akademik ni. haha.






sem 2 jugak. kelas BEL bawah blok lelaki. kelas dulu heybat, study bawah blok lelaki. ada dijadikan kelas. lepas tu nampak la lelaki2 sedang jemur baju, cuci motor dan macam2 lagi.


tapi yang bestnya diorang buat aktiviti tu biasanya dengan keadaan tak berbaju uolsss!! haha >.< tu yang seronok. belanja mata. kahkahkah. bang ang tau.





trip ke Pulau Pangkor. trip esemen je sebenarnya. kami pergi ber6. tapi gambar hanya ber5 sebab sorang lagi lelaki tak suka ambik gambar. haha. jadi perempuan2 je ambik gambar. masa ni kat Teluk Batik.


buat esemen jauh2 ni memang best. pengalaman. tapi semua pakai duit sendiri. duit ptptn. habis jugak RM300 masa pegi sini. dalam 3hari 2 malam.






ini sem berapa ntah. sem 4 ke 5 kot. masa ni mampu la mengarut2 dah. eh, entah la. Dinner dekat Hotel Renaissance Melaka. hotel memang cantik makanan? biasa je. menu melayu kan.

zaman dulu aku memang rajin sangat2 la buat kolaj gambar. senang kan. korang boleh tengok banyak2 gambar satu masa walaupun gambar tu blur. hahaha.





ini masa buat esemen. tema merah. baru cantik ambik gambar semua. feeling2 je duduk atas rumput nak macam study luar negara. ahaha.







jangan cakap apa2. blazer ini dipinjam dari kawan2 kos Office Management. jadi haruslah tak sama saiz. jangan jugak tanya masa ni aku berat berapa. sebab masa ni tak segemuk sekarang. hahaha.


presentation Marketing sem 5. sehari sebelum habis study untuk 2tahun setengah tu. kawan aku yang paling tinggi tu dah jadi stewardess Malindo Air. tinggi kan. badan cantik. hihi






lawatan ke KarangKraf Shah Alam. 1st time pegi Shah Alam la ni kononnnya. tapi masa kecik penah gak pegi sebelum ni.





ini dia, satu group masa buat esemen Transport sem 5 kot. masa ni dekat Melaka. sekali tu ada dekat Putrajaya. naik cruise Tasik Putrajaya dengan Cruise Sungai Melaka. masa ni esemen perbandingan cruise la konon. haha.






sem 3 mungkin. trip ke mana eh? Syarikat Air Melaka kot. lepas tu lepak tepi pantai.






KL Trip. masa ni aku jadi bendahari. seronok walaupun penat nak uruskan.hari2 tiap malam ada meeting kami2 demi kelansungan trip ni. haha.


gambar ni masa dekat Muzium Kesenian Islam ke kat mana eh? lupa dah uols. haha.






Trip ke Pulau Pinang dan Pulau Jerejak. best trip ever kot. haha. sebab masa ni kami pergi 3 kelas. dalam 60 lebih orang. 2 bas. masa ni dekat Pulau Jerejak.





Dalam feri Pulau Pinang dengan 2 bas UiTM Melaka. perghh.. syok woo. first time naik feri dan naik dengan bas sekali. pihak feri pun kata masa tu tak pernah lagi bas naik feri.


mula2 takut tapi alhamdulillah semuanya selamat. dan bangga jugak la sebab semua orang tengok dan nampak kami student UiTM yang buat trip ni. haha.




masa ni dekat Sri Negara. makan bersama Pengarah Kampus. sempena kami akan meninggalkan UiTM. sem 5. kalau kos yang tak ada praktikal nanti sem 6 baru dapat makan dengan pengarah. kira ni satu batch la ni. spot la aku kat mana! hahaha






okehhh..



habis part diploma secara rambang, meh sambung part degree. jangan semput tengok perubahan diriku yang mendadak okeh. haha






bermula dengan Kem Pembangunan Insaniah di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam. masa tahun 2010. masa mula2 masuk degree. sedih masa ni sebab tak ada kawan satu kumpulan. tapi syukur ada kawan masa sekolah kos kulinari ajak join dia dan kawan dengan kawan2 dia.


kawan sekolah jugak akan tetap kenal sampai bila2 kan? haha.








kelas housekeeping sem 3. untuk aku sem 3 tapi sem sebenar sem 2. tak paham? sila abaikan. ahha. kelas housekeeping ni kena mengemas bilik dan laundry. tapi masa kelas bilik tu aku blur gila. tak paham nak buat macam mana sebab lecturer tu buat macam kilat lajunya. haku dah la tak pernah tahu pasal ni mau la tak paham. last2 google sendiri baru paham cara kemas cadar. lol sangat. -.-'




kelas memasak. yang pegang handbag tu lecturer aku. selalu gaduh dengan beliau. tapi masa beliau puasa beliau baik. dan kalau dia baik aku baik je la. haha. jahat sungguh la aku. hahaa.





kenapa aku je yang tengah fokus masak ni? orang lain semua tengok camera? hahaha. ni bebetul ke tipu je ni? haha. aku ni kalau dengan camera mana boleh betul2 fokus.


masa ni aku masak apa pun dah tak ingat. haha. masak sos kot. biasanya area sini masak sos. hujung sana masak sup. lupa weh!






kelas serving kami tiap2 minggu. masa ni last Supervisor Of The Day. supervisornya aku. kawan aku belah kiri tu first. aku suka kelas ni. macam2 aku dapat. kemas meja mengikut cara yang betul. atas aku tu lecturer aku. hensem kan? mula ala2 mat salleh. hihi.


masa paling gembira aku rasa bila lecturer aku ni puji aku sebagai pencuci pinggan (stewardess) tu comel. gerun pun ada wei. sebabnya lecturer aku ni jarang puji orang. mata helang dia buatkan aku dan kawan2 selalu takut. dia pandang je aku risau dah. step aku ni salah ke? hadoi la. tapi bila dia puji aku sambil dia pandang aku semacam aku gerun gak. dan semua kawan2 aku pun terkejut bila dia puji. haha.




Transformasi Khidmad Masyarakat di Kampung Sungai Dulang. ni masjid lama, jadi kami cuma bersihkan dan cuci biar dia nampak bersih dan boleh digunakan semula. sebelum ni agak terbiar sebab adanya masjid baru tu.




OPKIM Perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim River, Perak. trip ni kami bawak barang makanan sendiri, sediakan makan dan jamu orang kampung makan sekali kami makan. kan senang tuh. sebabnya orang asli kat sini bukan Islam jadi susah sikit.kita tak boleh  nak harapakn mereka la kan. langkah paling selamat adalah bawak sendiri barang dan masak kat sana. jenuh ke tak jenuh? haha




buat esemen di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). masa ni pergi redah habis. walaupun ada surat dari fakulti tapi tak telefon2 dulu. terus je redah. sampai sana dapat layanan baik punya. mintak gambar kelab semua bagi. info apa pun bagi. ambik gambar dengan pengurus pemasaran pun bagi.


tapi malangnya sama kelab dengan group sekelas. dah iols kena buat kelab lain. maaflah lecturer Taiwan kami. memula dia mengajar hampeh aku tak paham hape pun. tapi bila lama2 baru paham. dan naik baik dia paham kami. kena buat presentation lain dan kelab lain. suka je buat kerja 2 kali ni. haha. tak pa. kenangan kan?








kami memang tergolong dalam kanak2 riang yang selalu riang meriangkan keadaan. walaupun keadaan yang tegang. ewahh.. senyum je bila ada kamera dihalakan.


esemen di The Royale Bintang The Curve, Damansara. sebelah IKEA. parking kat IKEA tapi pergi buat esemen kat Royale Bintang. Takkan ko nak park dekat hotel untuk buat esemen kat sana? mahai woi. park kat IKEA baru RM1 je sejam. haha.


tengok la semua kawan2 aku tinggi2 belaka. iols sahaja yang rendah. kesian iols tau. haha.









Hari Bertemu Industri. pertama kali diadakan. agak kelam kabut tapi biasalah kita manusia. rancang baik2 pun akan ada benda yang terlepas pandang. tapi pada aku benda nis angat bagus. dapat mendekatkan pelajar2 semester akhir untuk ke bidang kerjaya.

ramai induntri yang nak terlibat lagi tapi malangnya pelajar2 yang tanak grab peluang. ramai tanya, banyak ni je ke pelajar tahun akhir fakulti kami? ramai sebenarnya tapi ramai malas pergi. malas nak jenguk sebab katanya leceh.


kena buat resume sampai 5 set. lepas tu buat interview untuk dapatkan cop. cukup cop sampai 5 kena tunggu lagi untuk approve. the whole day sarat nak berpikir. aku sebagai organizer suka je. kerja pun tak berat. haha.


masa ni sem 5. sampai turn aku habis study benda ni terus tak dibuat. adalah dalam 2 kali je kot buat. haha. tak tahulah budget tak ada atau apa.








Gua Damai Xtreme Park, Batu Caves, Selangor. wuhuuuu.. best weh kalau dapat naik batu2 ni sekali sekala. hilang tensen tapi dapat saket tangan kaki dan badan. sesekali dapat saket tangan apa salahnya kan? kuikuikui.




tapi aku datang sini tak hiking pun. iols datang nak buat esemen je. nampak tak iols pakai kasut and blouse je tu kan. cukup merakamkan yang iols tak panjat pun.






Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak. haaa.. ni dia masa main air. aku ni tak suka sangat main air laut. tapi dapat air gunung ni best jugak la. dah la tu masa kami main tu tak ada orang lain pun main, jadi satu pool tu kami yang punya.


aku bab2 main air dah la tak reti. asik la tenggelam. maka aku main sikit2 je. ahha. dah tak reti main air kan. nak main apa? air panas yang boleh rebus telur tu?


lepas basah2 main pegi pulak rebus telur pastu makan telur rebus. tapi rebus kat sini takkan boleh keras kuningnya macam kita rebus atas api nun. dia akan jadi lembut2 je.







1st International Islamik Tourism Standard Conference. di PWTC. best sangat sebab dapat tengok Tun Mahathir secara live di PWTC. weee.. tumpang bangga walaupun bukan kita yang organize. tapi bangga sebagai penonton. haha.






lecturer aku yang pakai spek besau belah kanan ni. sempoi je. muda belia. makan akak2 kita je. pakai pun sempoi2 jugak. lecturer ni baik sangat. dah la macam akak2 je dia layan. jadi pergi dengan keadaan yang tenang. take emosi ke hape.


hasil buah tangan Della dulu. sori Della, aku ambik dari fb. tapi cantik. haha =D



keseronokan di Pulau Perhentian. wehooo..antara masa melepaskan tensen. lest ni tensen2 lagi, tapi disebabkan pergi bersama lecturer yang sempoi makan keadaan pun jadi maiin sempoi la.

aku macam biasa tak main air. jadi tukang jurugambar mengarut kawan2 suruh. lantak korang la. aku suka je ambik gambar. haha.








event penat2 lelah. tengok tag, phewww.. Public Relation Bureau! Tourism Quality Management : Seminar and Innovation Exhibition. mula2 masa nak buat seronok. banyak benda rancang itu ini. tapi due tu budget yang sangat2 ciput kami gagahkan juga untuk pungut duit.


disebabkan ada seminar dan innovation maknanya kami akan mengadakan 2 slot iaitu seminar dan innovation jadi kami kena jemput someone dan bagi talk. untuk bagi talk dah dibahagi kepada 3 jenis. talk dari pandangan hotel, tourism dan kulinari/ food service. bidang2 ni nampak sama tapi sedikit berbeza ah...


nak dipendekkan cerita, aku antara biro public relation yang akan mengendalikan guest untk bagi talk. kalau tak dapat guest macam totally hancur la event ni. dengan 4 kali tukar tarikh event aku terpaksa tebalkan muka nak deal dengan orang besar untuk jemput mereka datang bagi talk. malu sangat tapi terpaksa.


semua cari sendiri. lecturer cuma cakap nak 3 jenis guest untuk talk lepas tu kami usaha sendiri kol mana2 tempat yang boleh memberikan talk. kalau lecturer ada suggestion tu cuma cakap je. tak ada bagi details pun. susah sebenarnya mula dari zero ni. kalau mula lecturer bagi tu tak apalah.


lecturer ada cakap dia nak En Akil dari Triways, En Ghazali dari  Bluewave Hotel Shah Alam, dan bahagian katering. macam tu je. lepas tu terkial2 la aku nak cari apa position En Akil tu, apa position En Ghazali dan bahagian katering. lecturer main petik je. tapi tak bagitau aku pun apa position mereka ni. bahagian katering aku decide nak mintak Pak Engku datang bagi talk.


punyalah seksa nak dapatkan kontek handphone private mereka guest tu sebab jawatannya tinggi sangat. hadoi iols mula dari bawah kan. mendapat la susahnya nak deal dengan orang atasan ni. last2 dapat dan nak tetapkan tarikh pun satu hal jugak. sebab kami tukar tarikh 4 kali due to tempat yang kami nak guna dan aktiviti lain yang clash dengan aktiviti lain. phewwww...


sampaikan harinya, dapat jugak guest tu datang. En Akil tu rupanya Triways Travel Network Managing Director. En Ghazali tu Hotel Manager Bluewave Shah Alam. phewww.. tinggi kot jawatan diaornag tuh. tapi En Akil memang sporting dan sangat baik hati. sempoi2 je berbual. En Ghazali tu pulak kurang bercakap tapi cukup kerjasama. baik sangat orangnya melayan aku ni banyak kali kol.


end up!






dapat buku masakkan dari Kuzie Katering dan discount voucher. haa. tapi aku tak guna pun voucher tu. haha.





En Ghazali, Hotel Manager Bluewave Hotel Shah Alam. haaa.. ni sebenarnya untuk esemen. jadi dapat la snap.


masa sampai je semua guest nak jumpa dengan aku sebab aku yang deal dengan dorang sampai diorang nak datang bagi talk kan. tapi malangnya aku tak dapat nak jemput diorang serentak. jadi kena iring satu2. last sekali En Akil datang lewat sikit sebab mak dia saket kat hospital katanya. aku jemput dari parking sampai masuk dewan. sampai dia naik atas stage dan kenalkan sapa kat depan ni. sebab depan tu ada dekan semua.


last2 punya post mo term event lecturer bagi BIG THANKS kat aku sebab aku berusaha dapatkan ketiga2 panel untuk bagi talk. sebab macam aku cakap dekat korang la. kalau tak dapat panel konfem event hancur. malu iols dapat pujian membina macam ni. kembang kempis toksah cakap la. hikhikhik >.<


walaupun tak pandai sangat study tapi insyaAllah aku akan buat kerja yang aku reti sebaik mungkin. aku bukan ketua biro public relation tapi aku tolong sebab kawan aku tu dia agak bizi dengan anak. kesian dia. aku tak kesah uruskan semua. janji majlis berjalan lancar kan. huehuehue..


kenangan manis sebelum habis study kot. hihihi.





last sekali adalah partner thesis. akhirnya berjaya siapkan thesis yang pening kepala tu dengan jayanya dan buat presentation waktu tu. alhamdulillah.


balik2 thesis hantar kawan aku ni balik Meru dia tak mampu bukak mata. sebab dia berjaga sepanjang malam siapkan slide. aku siapkan report. phewww.. aku drive hantar dia balik dan settle thesis dengan selamat.


panjang bebenor cerita aku. macam la ada orang baca kan? haha. lantak. kata blog peribadi kan haruslah perasan sendiri punya pembacaan dan penulisan. silakan baca kalau iols nak ye. terima kasih datang sini.



babai!




1 comment:

NurulSunShine said...

Ya Allah, rindu kot za.
Laptop aku rosak so tak dpat nak tengok gambar - gamabr lama ni.

Ko jer yang aktif blog sekarang eh.
Rindu sensangat.Cepat rasa masatu berlalu.
2007? 7 tahun yang lalu kot. Sobs sobs.. Beli baju dinner sama cuma kaler berbeza tu sgt tak ley blah owkeyh!

Hee.. take care of ur self sweetie :D
You are my best friend forevah and evah! Lebiu mucho :D