Assalamualaikum
selamat pagi cikgu! *baca nada upin ipin tau* hikhikhik. bangun pagi dengan senyumam. walaupun mengantuk tapi ku gagahkan juga tangan ini mengetuk keyboard demi menghiburkan segelintir masyarakat yang dahagakannya. perghhh... pergh... ayat kau kemain kan pepagi nih! kahkahkah.. berdrama sangat dipagi isnin yang indah permai ni. hikhikhik
sebenarnya aku bangun2 tidur teringat dekat roti aku beli haritu yang expaired hari ni. so berfikir2 nak buat apa roti tu. tapi pada cerita sebaliknya adalah? aku lapar. lapar gila. semalam tengahari je aku makan. lepas tu tak makan sampai sekarang. perghhhh.. kurus la kau izaaaaaa.. kalau boleh kurus sanggup jugak aku tak makan 12 jam. ni tak kurus punnnnnn...hahahaa
semalam sebenarnya benda yang aku tak plan tapi menjadi. tu yang aku suka hidup sebagai student. tetiba je dah jalan2 tetiba je dah sampai dekat tempat2 asing bagi aku. cewahhh.. asing konon padahal dalam Malaysia je ponnnnn...
tetiba aku dah sampai kat sini!
eh? eh? eh? terkejut rasanya tetiba dah sampai sini. hikhikhik..
semalam aku dah termenyibuk dekat Stadium Putra Bukit Jalil. kawan kepada kawan aku ajak. dan kawan kepada kawan dan kawan aku bagi tiket. kemain jauh kau punya pertalian. ala, kawan aku yang bagi tiket ni dia jadi floor manager AJL ni. haaaa.. kansenang terangkan macam tuh. hehehe..
dia memang dah lama kerja dengan tv3 so apa2 memang dapat la tiket free. hehehe.. aku ni pun dok menyemak la ikut kawan aku datang sini. padahal dalam hati memang nak pun tengok AJL ni. kang bila aku dah kerja memang tak ada masa nak tengok benda macam ni plus memang tak ada pass percuma la, ishhhh...baik kita grap peluang tu sekarang! heehehee
teruja memang la. tapi buat muka relax. padahal bila sampai rasa suka sangat walaupun kami sesat2. hehehee..semua tak tahu jalan. aku pergi 4 orang tapi 4 orang tu la tak tahu jalan nak pergi Bukit Jalil. kesiannnnn.. kahkah! sesat kemana2..sengal!
so, inilah hasilnyaaaa! pemenang AJL 27. yeahhhh.. tapiiiiiii... aku tak berminat Yuna menang. tak tahu kenapa. huuuu..
- JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 27
Yuna - Nyanyian Aizat (Penyanyi gantian)
Terukir Di Bintang
Wang Tunai RM35,000 dan Trofi - TEMPAT KEDUA
Azlan & Typewriter
Idola Wang Tunai RM15,000 dan Trofi. - TEMPAT KETIGA
Hafiz
Ku Akui Wang Tunai RM12,000 dan Trofi. - PERSEMBAHAN TERBAIK
Black & RJ
Teman Pengganti Wang Tunai RM10,000. - VOKAL TERBAIK
Hafiz
Ku Akui Wang Tunai RM10,000.
cak! weols dah samapi depan Stadium Putra. tengah tunggu kawan bagi tiket masuk. tiket pada dia lagi tu yang tak boleh nak masuk langsung. sobssss...
persembahan otai2 lagenda rock Malaysia. best wehhhhh... pada aku ni lagi mendapat sambutan hangat dan jeritan dari seluruh penonton. hehehee
berpusu2 orang semua nak bergambar depan banner pentas AJL ni. aku? malas nak memanjat kat atas. so tengok je dari bawah. i kan pemerhati tegar. hehehee
ni dia kawan aku yang bertanggungjawab yang membawa aku ke sini. si kecil petite. Mia. kawan kepada kawan aku. sebenarnya aku tak pernah kenal pun dia ni. kawan aku ajak2 aku ikut. nak merasa macam mana AJL tu je sebenarnya. dulu aku pernah pergi rakaman bulan puasa dekat studio. tapi sekarang nak merasa macam mana tengok persembahan besar LIVE depan mata. hehehehe..
my outfit semalam. simple. macam biasa je la aku pakai. nak pakai luar biasa apanya kan? ni je la baju2 terbaru aku. sobsss.. *kesat air mata* tapi aku sukaaaaaaaaaaaa... biarlah apa orang nak kata janji aku selesa kan? gambar dekat apartment tengah tunggu kawan aku datang ambik. hikhik..
we are in the stadium. gelap dan padat! tapi sempat la bergambar seketui dua buat kenangan terindah sebelum habis belajar ni. this is the first keriangan di tahun 2013. semoga banyak lagi kenangan terindah yang aku ukirkan sebelum aku habis study ni. aku nak grab banyak pengalaman dan kegembiraan yang boleh. nak capture gambar banyak2. biar berat tapi aku akan menangis melihat gambar2 tu akan datang. hehehehee...
by the way thanks to Mia sebab dia dah bersusah payah ambik hantar kami dari puncak alam jauh pedalaman ni. and thanks to Ezrie sebab bagi tiket free. esok2 kalau ada lagi bagilah lagi. hikhik.. ABP ke.. hahahaa..
oklah. sampai sini sahaja aku membebel. nak buat sarapan pulak uolssss.. lapar! hikhikhik..
bubye!
=D
1 comment:
wah bestnya g AJL . merasa tgok live :')
Post a Comment