Happy Cat Kaoani -->

Thursday, November 8, 2012

Seharian yang Penat!






Assalamualaikum semua..



selamat pagi kawan2. hari ni kelas aku pukul 2.30 petang. hari ni tak ada apa sangat so relax je. kelas pun tak ada kerja sekolah. but, esok ada kelas lagi. kelas ganti untuk kelas yang pernah lect tak ada tu. huarghhhhh.. malasnya... hari jumaat ada kelas O_o  



semalam gila penat. aku jadi driver untuk kawan2. sebenarnya mula2 pergi kelas. sorang kawan aku tak pergi kelas so si empunya kereta suruh aku drive. lepas tu balik kelas aku balik sensorang. aku drive balik. singgah pos nak bayar bil tapi tutup sebab waktu makan. aku pun balik la rumah dulu. lepas tu dalam pukul 3.30 aku gerak semula. buang  sampah lepas tu tanya bil air dekat pejabat apartment berapa RM. 


pergi ambik laptop aku format kat kawan lelaki aku. baru la bayar bil letrik. then terus pergi UiTM ambik kawan2 aku balik kelas. phewwww... belum habis kat situ je. 


petang dalam pukul 6.30 kami ke pasar malam pulak. aku drive jugak. hehehee.. balik pasar malam pergi ambik kawan aku dekat petronas luar dia naik bas dari Shah Alam. lepas tu singgah Econsave beli beras. beras dah habis dekat rumah. cukup2 untuk malam tadi je. untuk hari ni tak cukup. hehehee..


balik tu kawan2 aku tak kasi aku mandi dulu, diorang suruh aku relax dulu sebab diorang nak masak. nak guna air. so, aku duduk2 relax lepas tu mak aku kol. mak kol dok ajak berbual. bantai sejam berbual dengan mak. huhahahaa.. mak dok sibuk cerita pasal anak penilai tanah suka kucing aku, aku dok sibuk cerita kat mak aku aku drive sana sini hari ni. penat sangat. 


agaknya kalau pak guard berbual dengan orang dia pun ada kata, budak naik kereta biru tu dah berapa kali ulang alik. pergi mana aje la agaknya. hahahaha.. 


ok, lawak tak lawak yang aku buat tu? sumpah tak lawak kan? gila membosankan iza ni -___-'



k la. 



bai!








p/s :: nah, untuk tatapan semua. si budak kecik yang nakal. sedang 'aim' pen merah akak untuk dijadikan permainan. kubu dari penyapu lidi. motip utama penyapu lidi tu untuk takutkan dia yang nakal tu. tapi dah bertukar fungsi pulak. =.='






No comments: