Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, October 10, 2012

Sungai-sungai di Syurga






hari tu masa aku pergi jalan2 dengan kawan2 aku aku dengar ustazah siti nurbahyah berceramah waktu maghrib dekat radio. 
dia kata ada 4 jenis sungai dalam syurga nanti.
lepastu dia terangkan sesuatu. 


aku rasa macam best sangat cara dia cakap tu
macam sekarang jugak aku nak pergi sungai tu nak rasa airnya
sumpah!
korang tahu je la ustazah tu kalau dia bercakap macam semuanya indah, semuanya baik2 belaka.
dan aku pun terikut2..


itulah kecerdikkan seorang pendakwah. 
mampu membuka pintu umat Islam yang lain mendalami Islam..









sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti.. ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti.. terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga.. sungai-sungai tersebut berupa :-

  1.  sungai madu,
  2.  sungai khamar yang tidak memabukkan,
  3.  sungai susu dan
  4.  sungai air jernih 



yang tidak pernah berubah rasanya.. sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkat-tingkat syurga seperti tersebut didalam hadis yang bermaksud


"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat yang paling terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat Arash Allah dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga"
(hadis riwayat Bukhari)


mata air syurga ada yang bernama salsabila, yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT iaitu muqarrabin.. manakala orang-orang yang berbuat baik pula (abrar), maka Allah SWT memberi mereka air yang bercampur kafur iaitu air dingin yang baunya wangi dan zanzabil iaitu air halia yang segar dan wangi..



















1 comment:

Amie said...

Assalamualaikum,
salam kenal, foolower 311