Assalamualaikum semua...
selamat pagi weolsss.. dah sarapan? sihat tak semuanya? aku sihat2 je. hehehe.. nampaknya hari ni cuaca cerah sebab semalam petang dah hujan selebat-lebatnya dengan guruh kilat sabung menyabung. sampaikan aku pergi pasar malam lencun. konon teman kawan nak beli beg sekali hujan lebat sangat. masa baru sampai tu hujan tak lebat. masa tengah jalan2 dekat pasar hujan turun mencurah2. tapi terpaksa jugak jalan dan beli makanan untuk kawan2 yang dah kirim semua.
hari ni aku ada satu kelas je. lepas tu dalam rancangnnya aku akan ke Perak untuk buat esemen di sungkai perak. esemen planning. pergi hot spring je uols. tak de la grand mana pun. saje je pilih tempat pendalaman macam tu. hahaha.. alasan padahal tak tahu nak pilih kat mana. =)
aku mungkin akan tidur sana dan mula buat esemen esok. pegi petang ni sebab nak jimat masa perjalanan. kalau pergi jumaat balik sabtu lambat sangat pulak. minggu depan aku ada banyak benda nak kena buat. hari isnin je aku ada dua presentation dan kerja2 lain yang menanti.
maknanya sekarang ni masa amat2 emas bagi kami. tapi aku tengok semuanya relax je main fb je semua. malam tadi la menggila dengan gelak sakan. dengan komen fb bersemangat setiap minit dan jam sampai pukul 3 pagi pun tak sedar. hahaha.. gilos semua..
ni bangun2 dengan baju tak packing lagi nak pergi malam ni. dengan apa pun tak buat. bagus sangat la tu kan izaa.. nak berseronok tanpa buat apa2 persediaan. pastu pergi dengan hati yang tak tenang. hahaha.. selagi esok tak hantar atau tak present selagi tu la tak siapkan. sabaq je la perangai student macam ni. hahaha
hari tu aku teman kawan aku yang tengah tu pergi ambik ic dia. dekat sek 9 shah alam. dekat plaza masalam nun. sekali ade orang berenti tanya car wash mana area situ. aku kalau sek 9 ni tak tahu sangat. kalau sek 7 tu tahu la jugak kan. lepas tu dia kata ni adik beradik ke? sebab sama je muka.
hahhhh???? sama muka? orang tu tak nampak ke yang muka kami ni lain2? mungkin sebab kami pakai spek tu jadi sama tapi masa tu aku pakai lens la apesal leh cakap aku dengan dua lagi kawan aku ni sama muka? adik beradik bagai. hahaha.. adik beradik lahir jauh2. sorang lahir kat KL, aku kat Johor dan kawan aku belah kanan sekali Kelantan. elok sangat la tuh! hahahaa..
tang mana samanya pun tak tahulah! pui.. hahhaa.. emosi pepagi ni. dah la bangun2 tidur je rasa sejuk sangat. mana taknya kipas speed 3. padahal malam tadi sejuk woh lepas hujan tapi aku lupa tukar speed so merekot la sejuk tapi tak slowkan kipas dan pakai selimut. wahahaha..
apa lagi la yang aku nak merepek dekat blog aku ni kan. pagi2 dah membebel macam mak nenek. hikss.. biasalah uolsss.. i ni suka mebebel dekat sini je. dekat luar kang aku pendiam. pastu balik rumah aku bising semula.. hahaha..
ok2. mesti dah bosan nak baca lagi kehidupan aku yang serba bosan ni. aku stop sini dulu ok. babai!
thanks baca =)
No comments:
Post a Comment