Assalamualaikumm..
apa khabar semua? sihat? ewahh.. aku sihat2 sahaja. ala, memang sihat pun. hikhik.. sebenarnya nak cerita pasal hari jumaat hari tu aku dengan kawan2 aku pergi buat esemen untuk subjek planning. so, kami pilih tempat la. persetujuaannya kami pergi di Hot Spring Sungai Klah, Sungkai Perak.
sebabbbbb.. sebab tenpatnya tak jauh sangat dari tempat kami belajar dekat puncak alam ni haa.. ala, student kan. nak save bajet so jangan la mengade2 nak pergi jauh2 bagai. pergi yang dekat2 sudah.. hehehe..
ahli group aku 4 perempuan dan sorang lelaki. kira macam penyeri la. sorang lelaki tu pulak dari Indonesia. dia exchage student ke sini. waaa.. feeling macam cerita Kau Yang Terindah pulak kan. hahhahaa..
ok2. aku tak ada idea nak buat lawak. tak ada idea nak melawak sebab banyak kerja. esok ada test, tak study lagi ni. konon sebelum study nak update blog sepukul dua sebab dah lama sangat tak menghapdate apa2. rasa malas bagaikan penyakit yang menular dalam diri dan jiwa. isssshhh.. payah kan??
so, korang tengoklah apa2 yang patut gambar yang aku upload. sumpah aku tak ada mood nak update sebab emosi bercelaru sekarang ni.
laluan titi kayu untuk melihat punca mata air panas yang dibangunkan sekarang. bestt.. bila korang jalan feeling macam walking dalam hutan. macam tengah jungle trekking. =D
ni adalah keadaan atas titi kayu. nampak titi tu macam cantik je kan? padahal titi tu macam lembut2 gitu, macam takut je kalau kita pijak. walaupun sebenarnya titi tu kukuh kalau kita pijak. sentiasa tengok titi tu kalau jalan. mana la tahu kalau2 ada benda yang tak diingini berlaku. hikhok
nampak tak macam ada asap2 kabus tu? tu asap sebab air panas tu panas sangat. sebab itu adalah konkrit yang dialirkan ke kawasan air panas dia dalam kawasan punca air panas tu. ayat aku ni kenapa pelik sangat? huahahaa..
air yang belah kanan ni sejuk sikit. tak terlalu panas macam yang belah kiri tu sebab yang kiri tu dah disekat dengan kunci air yang dekat tengah2 tu. korang nampak kan? haaa..
air yang ini panas gila sampai suhu 100 celcius. yang ini jangan pulak korang sesuka hati nak rasa ke celup ke hape. mau masak tangan korang dalam ni. sebab tu air yang panas ni diorang pagarkan. dan tulis suhu. walaupun tak setiap masa 100 celcius tapi biasanya suhu air ni dalam 95celcius ke atas.
sedang merebus telur untuk santapan tekak dan perut yang sudah kelaparan. bila main2 air mula la lapar kan? betoi tak?? ni nak merasa telur setangah masak dan telur rebus yang nyummehhh! sedap owhhh! =)
sedang berusaha memecahkan dan mengeluarkan isi telur yang panas tuh. sabar je la. nak makan tapi mengelitik tak tahan panas nak pecahakan kulit telur tuh. hahaha.. ni semuanya sedang gigih. tekun..
model merebus telur hikhok. muka gila gelap dengan berkilat. eiiii.. tanpa mekap kan macam ni la.
cantik kan tulisan ni? aku nampak cantik tu yang aku ambik gambar tu. ni dekat tempat jual telur untuk direbus tu la. dah la pekerja dekat tempat jual telur tu macam bisu. angguk geleng je. langsung tak mesra alam. hape la. weii, ni tempat pelancongan la weh.. manis muka la sikit! *emosi*
sedang merendam kaki di air kepanasan dalam 35 hingga 45. hehehe.. memula macam panas dah lama baru sedappp je diorang kata. hehehe.. aku belum sempat nak merendam kaki dah terpaksa pergi makan dan solat jumaat. =)
ni dekat kolam air panas. air ni agak panas jugak la. kena jalan slow2 masuk air kolam ni. tapi tak boleh berendam lebih dari 30minit. tak boleh kena naik jugak. hehee.. tak kami tak mampu nak berendam seluruh badan sebab tak tahan. mampu rendam kaki je.. hehee.. konon posing padahal panas ni kaki aku. hahahaha..
welcome to Hot Springs Sg Klah, Sungkai, Perak. hahahaha.. jadi model pulak aku tetiba. padahal bukan aku comel pun nak jadi model. hahaha.. kawan2 aku la ni dok suruh aku jadi model tak berbayar...
model2 petronas. time isi minyak pun menjadi. hahaha..
dimanakah mataku? hahaha.. mata aku tak nampak weh. kecik sangat dah mata aku ni. hotel budget ni cantik jugak la sebab tu kami nak ambik gambar. hehee..
comel kan?
ni gelang yang akan kami pakai sepanjang dalam Hot Springs Sg Klah.. aku sukaaaa sangat gelang ni sebab dia tak akan lembik kalau kena air. hehehee.. rendam la berapa lama pun tetap jugak la tak basah. aku sukaaaaaa... ehehehe
power rangers! bertukar! hahahaha.. gambar kami beramai2. sukaaaaa! =)
inilah kawan aku Majid. kawan dari Indonesia yang exchange ke sini. hehehe.. sangat baik orangnya dan ikot je apa yang kami cakap. hehee.. dia ni Islam so jangan risau la. dia pun solat jugak. cukup waktu kami ajak la dia solat kat mana2 masjid atau surau. pandai jugak la dia ni bawak diri. kadang2 tu bukan kami ajar pun. dia pandai2 je. hehehe..
geng kaca mata. hehehe.. eh, Majid tak pakai spek pun. tapi masa ni macam comel je kan? cantik tau kawasan belakang dia..
kami sedang diberi penerangan oleh En Ezrull salah seorang pekerja yang paling popular sekali dekat sini. dia biasanya yang akan bagi penerangan kepada pengunjung yang akan datang. hehehe..
finally.. =D
selain itu kita boleh belajar tentang flora yang ada dekat sini sebab semua pokok yang ditaman akan diletakkan nama. kan bagus jadi budak2 macam kami boleh la belajar. hehee..
sebenarnya banyak lagi aku nak letak gambar tapi dah letih nak tulis caption dia. lama gila aku buat entry ni. aku tulis dalam bape jam pun aku tak ingat la. walaupun aku tak buat apa hari ni tapi aku tak tahu la bakpe lama sangat aku tulis entry ni. lenguh weh...
selamat aku cuci baju, masak, dan tengok movie Hantu Kapcai. hehehe.. nampak tak sebab apa aku tak siap2 benda ni? banyak sangat benda yang aku buat disamping menulis entry ni. hahahhaa..
ok la, aku penat dah. dah lama kan aku tak update blog. ni pun cerita minggu lepas. baru terhegeh-hegeh nak update minggu ni. almaklum la aku ni bizi banyak sangat test, kuiz, dan esemen nak buat.
ok la sayang2 semua.. babai! =)
1 comment:
blogwalking di sini... singgah dan follow.
feel free to visit back..
http://lifeaftermarriedwithhim.blogspot.com/2012/10/hakikat-vs-kenyataan.html
Post a Comment