Happy Cat Kaoani -->

Friday, June 8, 2012

Beza mahram dan Muhrim






Assalamualaikum semua.. 


haaaa... barulah rasa lega sikit lepas semua kepenatan minggu ni. lepas tu boleh relax2 sikit hujung minggu sebelum menuju ke minggu depan yang super penat nih. minggu depan ade 3 presentation. ade report nak kena submit. ade macam2 benda yang kerja dibuat. sebelum menuju pula ke alam final exam yang tak sampai sebulan lagi tuh. haih...


banyak gila benda yang aku nak cerita kat korang semua. macam2 aku nak tulis tapi tak menyempat je. naik cuti ni macam gampang bekerja. buat esemen satu malam tak tidur. satu hari satu esemen. kalau aku 3 esemen  berturut-turut maknanya 3 hari la tak tidur malam sangat. tidur adelah sejam dua macam ni. lepas habis present macam nak hantuk pale kat dinding sebab mengantok sangat2..hahahaha


biasalah tu kan. report, present. report, present. mana ade tak mau present kan. semuaaaaaa nak menguji kecekapan kita berkata2 la, present la, communication la, style la hape la. hadoiiii.. penat nokkk...


haaaaa... merungut! pandai merungut! kang dah abis study rindu pulak nak study! mengade2 tau iza ni!


masa aku main2 dekat fb aku jumpa kawan aku tanya ni.







mesti kita akan terfikir benda ni kan? sebab orang selalu sebut tapi kita selalu confius dengan benda2 ni semua. lepas main sebut je tanya pikir benda tu betul ke tak.. 


jadi kawan aku ada tanya ni. aku pun cari la sekali maksudnya. ini juga salah satu cara kita menambahkan pengetahuan. semua dihujung jadi jadi semua orang boleh bersama2 menambah ilmu pengetahuan tanpa batas. weehooo...


Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
 Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
 banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

 Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
 
 Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. 


bagi sesiapa yang konpius lagi ni dia maksudnya. jadi lepas ni sebut betul2 ye.



heeeeee...



salam jumaat!



=)




No comments: