Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, May 8, 2012

Recording satttt...






Assalamualaikum semua..


apa khabar? sihat? macam mana cuti hujung minggu anda? best ke? ke duduk rumah je? hehehe.. hujung minggu aku kali ini sangat la seronok. semalam petang aku pergi ke studio NTV7 dekat Glenmarie Shah Alam untuk rakaman rancangan ramadhan. weeeee.. seronoknya jumpa ramai orang. jumpa artis yang super cantik semua..hehehee


memula memang rasa malas sangat petang2 ahad ni nak bergerak ke mana2. tapi sebabkan dah bagi nama nak ikut aku kuatkan jugak la diri ni ke sana. walaupun hati separuh kata nak tidur petang tu..huuuu!


tapi bila dah sampai, dah jumpa ramai2 artis mulalah suka kemain. rasa macam tiap2 minggu jadi audiens pun tak apa. dapat makan, pakai baju cantik2, kerja senang, cuma tepuk2 tangan dan bagi respon, dan gaji sikit.. hehehee.. toilet dan surau pun ok. selesa. jadi apa masalahnya??


jumpa dengan ramai orang dan artis, tahu macam mana serba sikit cerita belakang pentas. best kot. at least tambah pengalaman. hehehehe.. thanks ahmad cepa dan kakak beliau yang mencari audiens dan secara tak langsung kami terlibat dalam hal2 broadcast ni. hehehee..


dulu ikut2 dayah pergi broadcast dekat Damansara. untuk jadi model iklan. tengok studio kecik ni. ni pergi studio besar yang selalu dalam set tu. hehehehe..


pokoknya memang best. kalau lain kali ada benda ni aku nak ikot lagi. ehhehee.. =)


ni aku berikan korang picture aku untuk tatapan korang. hehehehe~





Al-Mauleed in da house. sedang buat persembahan dekat pentas. uishhhh.. tenang je dengar mereka ni melagukan nasyid kontemperori. semuanya dulu rap dan nyanyi suka2 sekarang ni dah menyanyi untuk mengajak orang berdakwah. bersama2 mendapat pahala dengan selawat nabi. Alhamdulillah.. =)






ni Nurul Fathia. aku jumpa dia sewaktu tunggu kawan2 aku ambil baju dekat kereta. aku tak ambik sebab aku dah bawak siap2 baju dalam beg. jadi tengah2 tunggu tu nampak Fathia keluar pintu. apa lagi ambik gambar la. serius Fathia ni cantik gilos ok. ehehhee..






ni Ameer Munaweer. dari Al-Mauleed. hensem owh. tenang je muka. sukaaa.. hehehee.. basib baik dia nak ambil gambar dengan perempuan. ade orang yang macam ni tak nak ambik gambar dengan perempuan kan.. huuuuu...






ni ramai2 serbu je. berdiri je mana2. janji ade dalam gambar. hahahaa. kalau nak ambik gambar dengan neelofa tak boleh ambik gambar berdua je, sebab lofa bizi. ade hal lepas ni. so kena laju2 ambik ramai2. ermmm,... ye la tu kan. aku tak berapa sangat dengan Neelofa ni. so, wat derk je la...





Imuda dengan Sathia pun ada ni. hehehe.. kelakar diorang ni. ketawa je dengan diorang bagi petua. hehehe...






ustaz pengacara yang hensem boleh tahan dengan ustaz Izi haji Ali. ustaz Izi ni kelakar jugak. tapi jujur aku cakap aku rasa over. kadang2 aku tak suka cara dia cakap. lagi baik dia kelakar tapi matured. macam ustaz Fadhilah Kamsah. tu memang the best! hehehee




Osbon pun ada. owhhh.. ini memang kelakar habis. penat aku gelak. Abon buat sound check mic dia pun dah kelakar. belum cakap2 lagi. haishh.. masa temuramak dengan Shafiq Rahim pun kelakar. budak tu asyik kena bahan je dengan Os. sampai budak tu tak boleh nak cakap apa. redho je kena bahan depan camera.  hehhehee..


hari sabtu ada 2 episod dah dibuat. ade 4 episod je. seminggu 1 dekat bulan ramadhan. so, kami ni buat episod 3 dan 4 la. episod 4 dah raya. ermmm.. best jugak bila kena jadi crowd ni. boleh je kalau tiap2 minggu macam ni. best. dapat jumpa artis. sekaligus kita paham cara2 belakang tabir nak buat sesuatu rancangan. hehehehee~



ok la. penat dah cerita.



babai..




3 comments:

Kira Kekuri said...

walaikumsalam, cuti ni xda wat apa2. wahh bestnya :DD
#lepas masuk blog ni, bru tahu tntang Al-Mauleed

ASaDa RyutaRo said...

waaa.. best ni. mesti masa tengok rancangan ni nanti terasa lebih best bila dapat sambutan.

jadi orang belakang tabir ni best, rasa cam jadi hero dalam movie.. :P

Nour Eyza said...

best jugak dapat tengok belakang tabir orang tv buat kerja. suka. hehehe...