Happy Cat Kaoani -->

Monday, February 27, 2012

Renew Passport Online!





Assalamualaikum semua..


salam 1 Malaysia. tengah buat apa tu? dah tidur ke?? aku belum tidur tapi tengah godeh2 laman web kerajaan. sekali godeh2 aku jumpa macam mana kita nak renew balik passport kita yang dah tamat tempoh tu. sekarang kan dah canggih, semuanya boleh semak guna internet, guna emel, guna SMS pun boleh tengok saman dan dapat masuk universiti ke tak. hebat dah teknologi zaman sekarang nih.


jadi bila aku godeh2 laman web Imegresen Malaysia ni aku jumpa la My Passport Online ni. aku rasa macam best je. aku pun godeh2 lagi la. rupanya memang boleh renew online je. nanti datang ambik je passport baru kita tu. wahhh! 


aku bukan apa, mak aku kata passport aku sekeluarga tu dah nak tamat tempoh tahun ni bulan 6. pastu mak aku dengar boleh buat online tapi tak tahu macam mana. tu yang aku godeh2 laman web Imigresen Malaysia ni. 


caranya pemohon mesti mengisi borang secara online dengan betul dengan disertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran 5cm x 3.5cm  yang diambil dalam tempoh 3 bulan. Buat masa ini pembayaran di buat secara kredit kad sebanyak RM300 untuk 5 tahun, RM100 untuk 2 tahun dan RM150 untuk kanak-kanan bawah 12 tahun.


Untuk mengambil passport Malaysia baru pemohon perlu membawa passport lama, bukti pembayaran dan MyKad di Pejabat Imigresen yang telah dipilih. Untuk pemohon bawah umur 18 tahun perlu juga membawa MyKad penjaga dan surat beranak ketika mengambil passport baru. Pemohonan yang tidak lengkap akan di tolak.


jadi sesiapa yang ingin renew passport sila ke My Passport Online.


mudah gila kan?? sampaikan jadi gila kalau tak buat. tapi kalau tak ada kad kredit tak boleh jugak buat benda alah ni. sila ke pejabat Imigresen berdekatan ye! heeeeeee



bye!





1 comment:

xDer said...

thnx 4 d info. takyah susah2 nk Q ;)