Happy Cat Kaoani -->

Thursday, February 23, 2012

Nak Cari Baru ke Pakai yang Lama?





Assalamualaikum korang semua..


dah makan malam? ahhh... aku ni asal buat entry je mesti pendahuluan tanya dah makan belum. nampak sangat la ingat makan je kan. cuba la tanya dah renew passport ke, dah bayak kereta ke, dah bayar cukai ke, dan hulur zakat ke, ye dak?? hahaha :P


tak pe, tapi aku suka tanya korang dah makan belum. aku biasanya update lepas aku makan. yelah, perut dah kenyang maka hati akan gembira. ye dak??


malam ni Lisa Surihani dan Yusry bernikah ke? Live kat Astro? wahhhh.. aku tak ada Astro. jadi korang tengokkan la untuk aku. aku lepas ni skodeng dari blog2 orang. nak jugak aku tengok baju nikah lisa dan yusry. mesti cantik bangettttt! >.<


sekarang tak ada Astro jadi abah aku tengok Forum Perdana Ehwal Islam.. dapat jugak berkat tengok ceramah agama kan. daripada tengok cerita hantu malam2 jumaat ni. erkkkkk.. padahal aku dah nak tengok cerita hantu tv3 tu. tapi macam tak jadi je. sebab abah aku konker tv. hahahaa..


tak apalah. kumpul la amalan sikit2 tengok ceramah agama kan. takpe2. hahaa


arghhh.. hari sabtu ni sepupu aku yang bawah aku setahun nak bertunang. aku ni bukan ada baju baharu. baju semua dekat puncak alam. aku tak bawak balik pun. yang ada pun aku pakai last paper hari tu. tak sempat basuh so bawak balik. nak pakai baju kurung apa agaknya. ermmmmm... kalau ajak mak pergi beli baju kurung agak2 ok tak? sekali belanja aku nak naik sem?


ke macam terburu2? kalau ye pun, esok je aku ada masa nak pergi beli baju. dah la tak merancang pun dengan mak. erkkkk... agak2 mak terima tak cadangan aku ni???


tapi aku macam dah terbayang2 dah pakai baju apa yang ada kat rumah tu aje. isk2.. macam malas pulak nak membeli tergesa2 ni. ermmmm....


handphone aku pulak buat hal. hari tu jatuh. lepas tu dia punya touch screen tu macam lari sikit la kewarasannya. ish2.. dah satu hal nak pergi betulkan pulak. memanjang ada je buat hal. tak abis2 aku ni nak menghabiskan duit mak aku aje. tu belum lagi nak beli barang2 sikit sebelum balik ni. duit owh duit...ehehehe...


tapi sekarang ni macam nampak bayangan baju lama je akan aku pakai. hahaha. gila pemalas la aku nak pergi beli esok. jadi pakai apa yang ada sudahhhhh.... bukan aku pun nak bertunangnya kan. aku tolong meramaikan je. hahahaha


ok. sekian dahulu ye! 






 

No comments: