Happy Cat Kaoani -->

Monday, December 12, 2011

Langsir Biji Remia





tak sabar rasanya nak tunggu cuti sem. walaupun aku tahu aku akan kebosanan kat rumah tapi aku tak kesah. aku suka je. aku nak baca buku Noor Suraya semua. semua kalau boleh. aku suka garapan cerita Noor Suraya. aku suka selit2 bahasa dan sejarah dam buku beliau. sukaaaaaa...


buku terbaru beliau adalah Langsir Biji Remia. eiiiii.. tak sabar  nak balik baca buku tu. mesti best kan? 


buat setakat ni aku paling suka buku terbitan Jemari Seni. memang kena dengan jiwa aku. kebiasaannya penulisnya semua sealiran. walaupun ada macam2 jenis bahan bacaan tapi garapannya tetap menjadi pilihan hatiku. 






Sinopsis:

Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia. 




dan yang aku paling suka adalah quote dia...



Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna 
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?





whoaaaa... rasa di awangan je.. hehehhe



1 comment:

Pen Biru said...

lama tak dengar perkataan biji remia